Monday, March 30, 2009

Aku Lupa Segalanya dari Allah...

Aku lupa rezeki yang berkat,kesihatan,jodoh,hidup mati,gembira sedih dan macam2 lagi adalah dari Allah ... ermm masalah yang baru kuterima ini..benar2 membuat aku asyik berfikir dan perasaan ni resah gelisah aje ... aku benar2 buntu dalam nak membantu masalah opis mate haku ni ... benar2 menduga kesabaran aku bila berdepan dgn diri dia .. tapi aku berniat ikhlas untuk membantu dirinya ... aku anggap seperti adik aku sdri.. lagi2 dia adalah anak sulung yang telah ditekan dari kecil oleh ibu bapanya utk menjadi seperti acuan mereka .. jiwa dalam dirinya selalu memberontak tapi dia cuba menjadi sempurna utk mereka ...

Menjadi sempurna utk orang lain sampai satu tahap ia akan meletup dan dia ingin bebas sebebasnya ... dari seorang pelajar sekolah agama arab di kelantan..top scorer among student.. kehidupan yang bulat ini..benar2 telah berpusing dan menjadikan kehidupannya bertukar dari putih kepada hitam.. ditambah lagi dgn sakit gangguan yang dia alami.. tempiasnya jugak terkena pada haku .... minggu2 pertama,aku x suka betul dgn dia..begitu juga die ... sampai satu masa kenalan kami yang baru menyuruh utk aku melihat2 kan dia...

Semua ini terjadi tanpa diduga..bila dia dalam keadaan tidak waras..dia akan melontarkan apa sahaja untuk berkata2 .. tanpa dia sedar apa2..dia mengkhabarkan sakitnya pada haku .. ya Allah,bagaimana jika dia telah terjumpa salah orang.. fitnah dan pandangan yang buruk kepada dia..benar laa..tiada apa yang Allah jadikan sia2 ,dan pertemuan ini ada hikmahnya walaupun aku tiada daya untuk membantunya...

Dia keliru dgn diri dia.. Dia mahukan syurga Allah tapi dia memberikan berbagai alasan untuk mencapai matlamatnya..peristiwa pagi jumaat lepas benar2 membuatkan haku terngaga dan mengelengkan kepala.. aku tiada kata2 ... cuma aku mengajaknya berubat dan dia tiba2 bertukar menjadi keras.. geram juga aku pada mulanya..tapi aku pujuk hati dan kata itu bukan die ... aku diam sahaja dan membuat keje opis ... ermm ntahlaa... bila waktu petang,die dalam kesakitan,dgn muka yg pucat lesi dan mata yg layu..dia mintak tolong haku.. duduk je dia dihadapan haku..ya Allah,serta merta satu badan ku sakit.. aku istigfar dan baca ayat qursy berulang kali... aku kuatkan semangat dan ingat Allah, aku berdoa agar Allah melindungi aku sentiasa dan memberikan kesabaran buat diri ku ...

Benar..aku lupa segalanya dari Allah..sebab aku x suka dia bersama lelaki itu.. tapi aku lupa..jodoh pertemuaan itu dari Allah.. layakkah aku melindungi diri Dia .. aku x mampu.. baru kusedar pagi ini..segalanya adalah dr Allah..benar,aku harus serahkan pada Allah.. agar resah dan gelisah ini hilang.. segalanya kebergantungan ku letakkan pada Allah..Dia Maha Mengetahui ,Maha Berkuasa ,Maha Penyayang buat hambaNya ...

Mudah2an Allah melindungi diriku,adik2 ku,anak2 ku dan keturunanku dari maksiat.. Dilindungi Allah sentiasa dari leka dan lalai dari mengingati Allah sentiasa.. Ya Allah berikan aku kesabaran dalam menghadapi permasalah ini,kuatkan smgat ku,bantula aku Ya Allah.. aku benar2 hambaMu yang lemah... tiada daya dan upaya.. Jangan kau palingkan hati ini dariMu Ya Allah.. apa yang jadi pada this gurl benar2 buat aku insaf dan sedih.. aku takut Allah dah tak sayang aku lagi ..Ya Allah,leganya lepas tulis ni..

Aku mohon doa kalian.. Mohon doakan aku kuat semangat,dilindungi Allah sentiasa.. Doakan agar Allah campakkan hidayah buat this gurl ek..diberikan kesembuhan oleh Allah dan kembali pada Allah ..Amin ..Amin Ya Allah....

Wednesday, March 25, 2009

Fadzilat Surah Al-Insyirah

Surah Al-Insyiraah:
Ertinya:
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Surah Al-Insyirah adalah Surah ke-94 di dalam Kitab Al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 8 ayat. Dinamakan surah “Al-lnsyiraah (Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk).
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan merguniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kifayat yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
1. Sembahyang sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.

Sunday, March 22, 2009

Menjawikan diri..ehehe

سلام سڽوم لاڬي بهاڬيا بوات راكن-راكن
.تله سميڠڬو اكو بركرجا د شريكت يڠ بارو
.الحمدلله. بوليه لا. چوما باڽق كرجا لا،سبب ني كن ريتايل چومڤن
هابيس لي كم باچ توليسن جاوي اين. نق تيدو لا. سلامت مالم سموا

Sunday, March 15, 2009

Rindunyeee....

Sudah 3 malam haku x boleh tdo malam ... nak kata tdo siang tak jugak.. bangun lambat sgt pun idok..ermm walaupun haku 'cuti' .. awal jugak bangun ... lepas azan subuh.. baru la mata ni nak tdo,dptla lelap sejam dua .. kelmarin aku isi masa dgn menangis..wakaka... ada la mende2 yang agak syahdu then buat haku menangis.. dok dgr pak arab ni mengaji..so aku pun sob..sob..sob.. ermm hahaha ... :-D

Malam semalam pulak haku isi dengan dok kumpul zikir2 yang best ... saje je gatal2 ..wakaka.. nak kata haku alim ..kuat zikir ke..x de laa.. tatau la hati tergerak nak compile pulok.. cuti dah nak abis ... ceramah2 banyak lagi yang haku x abis dgr ..haaa time nak dgr ceramah haku mmg lalok aje..wakaka .... then layan ustaz badrul amin... tengok clip zikir die ... tua dah ustaz ni..haku jugak yg comel lagi..wakakaka perasan ... ok2 ..kalau rasa nak muntah tu cepat2 g toilet k..wakakaka :-p camne pun Pesuruhjaya Pas Pahang jugak ensem lagi.. Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.. walaupun ustaz x pernah mengajar haku... tapi kenal ustaz ni pun dah cukup best..kalau g bilik Ustaz Wahairi selalu singgah bilik ustaz ni..ehehehe sesaje je... biasalaa Ketua Bahagian Pendidikan Islam kan...ehehehe masa kat Uitm Pahang ni lagi 1st time haku face to face ngan Ustaz Ismail Kamus .. amende face to face nye ..haku dok kat tgh2 padang lee...wakakaka agak face to face le kan...

Malam ni haku isikan dgn wat research pasal job baru haku..x de la mencabar mana keje haku yang baru ni ..biasa je ..cuma haku nak tgk audited report company ni.. x de la pulok .. tatau mana nak cari ..so haku tgk audited report competitors je..hahaha ... pernah buat construction account,property management account,property investment account dan service account..cuma haku x pernah wat account utk showroom/store ... like mcm haku kena manage kedai sendiri beb... blur le jugak ... kire baru punye knowledge then kena handle 3 showrooms in one subsidiary accounts....

Sesambil dok browse tadi.. haku teringat orang2 yang pernah haku kenal dan sayang .. rindu laa.. tatau tetiba perasaan tuh datang ... rindu kat member2 zaman sekolah rendah n menengah.. mana la korang sekarang ni.. baru2 ni jumpa Cikgu Zamri ..beruban dah cikgu.. 5 thn lepas dia tego haku..kali ni haku yang tego die.. pesal muka dia terkulat tgk anak dara comel dok senyum2 kat die..wakakaka ingat kena ngurat ke cikgu?? tahu le life starts at 40's... wakakaka gelak besar cikgu bila haku cakap..ingat ada yg nak ngurat ke?? wakakaka mulut x de insurance betul..hahaha

Rindu member2 masa dip n degree kat Melaka.. weiii kalau baca ni.. contact2 le..seme nak jadi cikgu..ngelat betul ... apasal x ajak haku sekali...wakakak.. tapi kalau haku jadi cikgu..mau rabak anak orang... transform jadi rimau je.. ganeh2 .. adik yang kat UKM pun penah meleleh air mata haku buat..wakakaka.... rindu kat budak2 rumah... kul 3 pagi x tdo2 lagi..main beskal n main ting ting tgh malam buta .. pastu haku akan masakkan cekodok n buat air kopi malam2 .. dok tgk langit sambil2 makan cekodok di pagi2 buta..wakaka pusing2 taman dimensi jalan2 kaki.. pengalaman umah sewa kita kena 'serang'..ermm mmg mengerikan...

Kisah sedih bila arwah Mat Pet meninggal ..dan sebulan dua sebelum die meninggal..dia kerap lepak kat longkang umah kita..join borak2 sambil makan cekodok n minum air kopi... walaupun org kata die buang tebiat sbb jaga masjid, manage baca yassin n any event kat surau area umah kita... but satu petanda yang baik... budak aktif yang mmg bijak,kelakar dan suka menyakat kak zai die ni... aiyooo beri kesan pada kita serumahkan... rindu sehh.. rindu...rindu kat Ila sgt2 tuh yg mimpi die baru2 ni...

Then rindu kat member2 masa haku join courses kat Akademi Percukaian kat Bangi ... paling beh sekali stay kat Kolej Komuniti ..then lepaking tgk drama Korea petang2..pastu g Masjid beli juadah berbuka puasa ...perghhh banyak mamat2 GMI tul kat sini ..rimas2 ...haku area banyak lelaki ni haku alergik sikit ... pemalu haku ni...ehehehe then saat2 haku lepak umah sewa member2 kat Wangsa Maju.. beh2 ... blajo mcm2 masa interns ni... syok2 ... kenangan masak2 ,buat Jusco mcm kedai runcit kita,tgh2 malam menyusup lalu jalan gelap beli Slurpee...ehehe..kenangan2..bila nak wat keje2 gile camni lagi la ek...

Rindu laaa... tadi masa tgk gambo pun air mata nak leleh2...then member2 masa keje dulu... bos omputih haku dah balik UK ..so x dapat nak cakap omputih like Malay lagi ngan die..wakaka ampeh2... still contact Tahnie.. haku tahu ko nak cilok ilmu account haku kan..wakaka... bile le haku nak pow ko ek..ehehehe Ah Chong anak cine cam omputih tu haku ada jumpa sekali kat Pavilion... speaking berabuk2 ngan haku.. pigidah.. mana bahasa melayu ko yang fasih tu haa..hahaha budak2 kat GB....weii rindu korang beb... kalau ada umah banyak x terjual tuh..bagi2 la barang selot kat haku..wakaka.... ampeh2..tahu Dato'..mau kena jeling..ehehe wei pompuan2 kat GB ..insya Allah nanti aku mai..nak tgk mak buyung haa... hehe

So baru lepas azan...kena tdo skjap coz nanti nak bangun pagi nak wat bfast n kemas umah... ntah apa haku merepek2 ni.. yang pasti haku mmg rindu teman2 haku yang dulu kongsi suka dan duka haku... kalau aku ada wat salah ngan korang..maafkan haku tau...insya Allah,ada jodoh tu kalau jumpa haku tego2 k ... haku tgk korang tgk blog haku ni through FS kan...ehehehe g msg kat haku...kita keep touching2 each other ek..wakakaka... ok mau sleep2 jap...daaa....

P/s: ex-bf x rindu ek...ehehe sbb aku ni barang lepas2 ni wa x main la ingat2 balik..ehehe cuma sometime je le..ada lintasan2 putih yang lalu...wakakaka... tapi cepat2 di padam laa sbb mostly dah jadi suami orang..x baik kacau..nanti org kacau suami kita..what u give haa..u get back maa..tata

Saturday, March 14, 2009

Selepas di Manarahkan...

Salam.. seme kawan2 haku (bukan geng2 perawat atau yang sama2 sakit) agak terpinga2 bila baca pengalaman haku di Manarahkan...ehehehe ... cool geng.. ni salah satu usaha haku untuk sembuh... tgk tangan sdri pun terperanjat..bangun2 pagi dr kaler biru ungu hitam jadi kuning...wakaka x pernah haku melihat kekejaman serupa ini... ehehehe means x pernah jatuh,lebam n ditumbuk ke apa..well haku kan wanita solehah lagi sopan santun..(ayat perasan)..wakaka.. masuk silat tapi dok buat air..hahahaha... agak sopan,lemah lembut n x adventurenye diri ku ini...

Nak kata haku ni tabah sgt pun..x jugak.. tapi mungkin selepas melihat hasilnye..bukan nak kata kaedah lain x berkesan... ada kesannya... cuma jodoh kesembuhan tu tak ketemu lagi .... sakit di ketuk? .. yup,mmg sakit .... diibaratkan seperti di azab dalam kubur.. walaupun x pernah masuk lagi kubur..ehehehe.... mudah2an diri ini makin insaf dan sentiasa mengingati Allah SWT ... ketukan dr ranting kayu nona disertai dgn kalimah2 yang mengagungkan Allah SWT ... Masyallah... kalau nak tgk sdri mcm mana kaedah ni.. dtg la ke Manarah... hanya yang benar2 tabah dan semangat yang kuat... semangat utk sihat dan senang utk beramal...

Menangis?? Haku mmg kuat menangis.. tapi pada masa diketuk..haku akan usaha untuk kurangkan nangis... atleast air mata mmg meleleh... mmg nak meraung sgt masa tuh... tapi haku x boleh buat asyik raungan.. posisi bahaya akan dtg beb..wakakaka... kena stay cool walaupun x cool...wakakak bahaya..bahaya..bahaya... tapi bila mulut dah sebut..sakit ustaz..sakit ustaz ... itu mmg dah tahap yang aku sdri x tahu nak handle mcm mana.... haku saiko otak ni balik..nak sihat..nak sihat... doa byk2 .. Allah makbulkan doa org teraniaya ni..wakakaka.... lepas turn haku dah lepaih... dok melalak2 kat tepi..ehehehe nangis puas2 ...

So korang jgn la sedih2 tau haku kena ketuk2 ni... doakan la kesembuhan utk haku... dimurahkan rezeki berkilauan..wakakaka... mana tahu tempias kena kat korang kan... hahaha buat Linda yang tgh pregnant tuh... kasi tembam sikit haa..makan banyak2 ...rindu korang laaaa... doakan aku tau....

Monday, March 9, 2009

Akhirnye haku di Manarahkan 2 ......

Pengalaman kali kedua ku di Manarahkan... ermm sedih kali ni..banyak faktor2 yg membawa kepada keadaan itu...faktor dari segi keadaan hormon yg x berapa nak stabil plus that makhluk pun x stabil sekali..wakaka.. so bila bila perasaan bercampur baur..apelagi adegan menyayat hati lagi syahdu berlaku la 2 ari sebelum haku di Manarahkan...rasa nak menangis je.. perasaan ni ada masa nak pergi jumpa Ustaz Ismail Kamus kat Kampung Baru, tapi dapatla haku menahan kesedihan tu sbb takmo ada yang masuk jail la pulok nanti..ehehehe ...

A day before g ketuk2..haku g shopping2 ..utk menghiburkan hati yang agak lara ini... seperti biasa lepak bookstore la yg paling lama.. ok lagi jiwa ni tapi once masuk Kenny Rogers..adusss sayu je... dah la aku pun..sob..sob...sob..uwaaaaaaa aiyak tatau wooo perasaan sedih ini datang dr arah mana... kalau dr teguran mak pasal mengubat tuh..tuh ayat2 yang mmg mak biasa nasihatkan haku bila nak g berubat... jgn jumpa salah orang..baik2... cuma ada satu ayat yg mmg buat haku touching like my mum not understand me.. dunno y haku leh translate that wording from just a word to warn me,but translate like my mum dun like me..wakakaka...mental..mental...ehehehe sabau je le...ko main jiwa haku ye..nanti kau...tunggu ye..wakakaka :-D

Waaa..intro yg agak panjang..ehehe... Alhamdulillah,perjalanan kami kesana kali ni sgt lancar..cuma ada sorang tu terjerit2 di waktu pagi..wakakaka... org tgh syok borak2,dio lak call n terjerit2..wakakaka.. sambil menunggu Gjan..kitaorg dok borak2..cerita kisah masing2 ... sesampai di Manarah ada satu family yang dah sedia menunggu... this week turn suami kakak tu yg kena ketuk2..so haku org yang kedua dan kak lia after me... kali ni kan sedih wooo... jiwa pun x berapa fokus ..kacau bilau je perasaan ni... duduk di depan Ustaz Abu Dzar sambil membaca Bismillah dan Selawat.. adik Gjan ckp pepe pun x perasan sebenornye.. cuma tgk je la dia keluo...uhuk2 abisla haku kali ni,betul apa kata hati ni...

Selepas ustaz scan ... so ustaz fokus nak mengetuk area tangan dan kepala... ustaz mulakan dgn bacaan ruqyah kali ini.. masa rawatan yang pertama,haku x berapa pasti apa bacaan ustaz ..cuma perasan sambil ustaz mengetuk dia menyebut sepotong ayat,hazihi jahannamu lati kuntum tu'adun(Gjan yg bgtahu ni..ehehe..tahu je adik ni) ..... selepas membaca ruqyah sambil mengetuk..ustaz sambung mengetuk sambil membaca surah Al-Insyirah.. (haku tanya sdri kat ustaz,tgh sakit2 pun leh tanya..surah apa ni ek ustaz mcm biasa dgr je..ehehe) .. tetiba..jeng..jeng ustaz membaca ayat Lauanzalna...adehhh pedihnye...sakitnye x terkira... yg haku ni mulut celopo sgt,bila ckp sakit ingat ustaz stop la konon..Haku ckp laa.."ustaz baca lauanzalna..lagi sakit ustaz" ...maka ustaz membalas.."Ye ke? Saya baca lagi .." uwaaaaaaaaaaa..... sabar je laa..ingat Allah ..sambil menahan sakit berdoa pada Allah yg baik2 untuk diri sdri,mak abah,family,kawan2 yang menyayangi haku,kawan2 yang sama sakit dan semua orang yg tolong haku...maka air mata meleleh laaa....

Lepas tgn kanan..sambung tgn kiri.. lagi extreme ni..mau lagi ganeh ni..wakaka..siap cakap ngan kak lia n gelak2 lagi... "Zai rasa kompom sakit gila belah kiri ni kak"..wakaka..amik ko... ada kisah sebenornye dgn ayat Lauanzalna ni.. yerpp "Curiosity will kill you"..wakaka niat nak tanya ustaz pasal ayat Lauanzalna dgn keadaan semasa lepas membacanye... betul kata Gjan..ustaz bukan baca kosong....baca scan sekali..uwaaaa... so second treament he knows the right 'ayat'....aiyokk x tahu..amik ko zai..ehehehehe ... kali ni aku tabahkan hati dan menahan..tapi sampai satu part..sakitnye..mmg sakit betul laa... ustaz mengetuk sambil membaca ayat Lauanzalna... ni bukan nak kasi jin pecah je ni.. hemoglobin,sel darah putih merah segala leh pecah ni... x tahan punya sakit..alang2 sakit haku pun ikut sekali ustaz baca lauanzalna... bagi lagi cepat pecah..wakakaka...iye2... air mata meleleh jugak..ehehe...

Then..cerita kat ustaz apa yang berlaku kat haku..pun agak sedih that moment.. so ustaz ketuk2 kat kepala sbb tu mmg port menatang tu lepak2 masa haku solat... dulu lagi banyak.. buat seperti yang Tn.aji n Gjan suruh..Alhamdulillah makin kurang... Alhamdulillah,lega kepala ni lepas di ketuk2 ... then ustaz ketuk tengkuk n bahu..last ustaz tepuk2 yg x manja kat belakang badan..wakakaka.. macam nak gugur la jantung ni...ehehehe ustaz ada tanya Dr.Jahid pasal ayat Lauanzalna tuh.. Dr.Jahid pesan amalkan ayat ni 41x sehari..ermm insya Allah doc,saya akan cuba amalkan...

Alhamdulillah..walaupun sakit sgt2 kali ni... aku masih positif walaupun sampai umah je terus tdo tak hinggat..wakaka... ubat tu yang pahit la yang berkesan..ubat kalau manis mcm ubat batuk cap ibu dan anak tuh..tuh tuk sakit manja2 je...selepas treatment pertama,benda tu masih duduk kat kepala masa solat dan ganggu haku nak tdo.. seolah mencabar haku... ermm ntahlaa... apa la sakit sgt hati org tuh pada haku ... takpelaa.. aku serahkan segalanya pada Allah... aku tiada daya... hanya mampu berdoa yang baik2 untuk haku dan orang2 yang aku sayang...

Selepas treatment kitaorg g makan2 ...waaaa kali ni kak lia belanja mamam Secret Recipe laaa..thanks kak lia ..ehehe sayang kak lia ... mudah2an murah rezeki n makin comel..ehehe next time turn zai okeh...ehehehe yang si Gjan x abih2 menyakat aje balik dr treatment kali ni... iye leee akak jerit2 sakit..kuang asam jawa punya adik..sabau je lee...ehehehe maceh ye adik,macam nak jadik anak murid Dr.Jahid je arituh..wakakaka....sabo ye..hahaha...so sampai sini coretan haku... kalau dengan kesakitan ini..Allah kurniakan kesembuhan..Alhamdulillah...segala puji dan syukur buatNya.... yang penting kami berusaha mencari kesembuhan ... mudah2an Allah permudahkan segala urusan kami dan sentiasa dalam lindunganNya...Amin

Dia Kekasih Allah - Hijjaz



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Selawat dan Salam buat junjungan besar kesayangan kita...Nabi Muhammad S.A.W.... 12 Rabiulawal tarikh ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W...sedih bila teringatkan Rasulullah S.A.W..sbb diri ni x dapat menjadi umat yang baik..tapi seperti biasa..sebagai seorang manusia yang positif maka haku berazam berubah sedikit demi sedikit..ehehehe...mudah2an Allah tak memalingkan hati ini dariNya...Ini mmg lagu peberet haku..mmg suka sgt2... masa sakit teruk dulu bila dgr lagu ni mmg meleleh la air mata ni... 19 Rabiuawal ni pulak besday haku dalam kiraan tahun Islam.. ehehe.. x malu betul bgtahu..waakaka...syok layan nasyidfm malam ni...byk lagu2 pasal Rasulullah... sambil melayan mata yang x boleh nak tdo sbb siang tadi dah tdo x hinggat..balik je dr Manarah...lepas tuko baju n basuh muka terus carik bantal..wakaka...satu badan rasa sakitnye kali ni...uwaaaaaaaaa...ehehehe mak cakap..nak sgt ye..amik2..wakaka..sabar2... ujian kesabaran tuh..ehehehe nanti la cite pasal 2nd experience di Manarah...so nak golek2 sambil dgr ruqyah n baca buku TGNA yg baru 'Telaga Budi' ..... Salam Maulud Nabi seme... sayang Rasulullah S.A.W selalu tau...

Saturday, March 7, 2009

Switch Off Your Lights - Support Your Own World

SWITCH OFF YOUR LIGHTS FOR 60 MINUTES



SAVE ENERGY SAVE LIFE
IT'S OUR PLANET
LET'S SAVE IT FROM GLOBAL WARMING BEFORE IT'S TOO LATE TO ACT !!!
REMEMBER !!! 8.30pm Saturday March 28,2009

Friday, March 6, 2009

Erm.....

Setelah bercuti beberapa hari...haku dilanda kebosanan..ontah laa...eden pun x pasti kenapa....eden ni manusia jenis dok umah n x suka sgt g jalan2... agaknye kesan dr keje sampai ke malam agaknye... waktu tuh rasa mcm laaamaaa jek..alahaiii.... lagi2 dgn talian internet yang agak2 menyayatkan hati ku ini...huhuhu.... lepas buat keje umah...dok baca buku..bosan ... tgk tv... bosan lagi... dok golek2 main game..bosan lagi ... g dapo...mula la tgn ni gatal ..masak ni laa... mula la xtvt nak makan jek... Alhamdulillah..azam x mo tdo ptg..berjaya ...cuma lelap2 manja je masa tdokan anak buah...wakakakaka..... hopefully minggu kedua ni haku x sebosan ini....lagi sehari je nak diketuk2 ni... adakah aku telah bersedia?? Dr.Jahid balik kampung kan doc?? ehehehe ngeri weiiiiiiiiiiiiiiiii.............

Monday, March 2, 2009

Two Weeks Off...yahooooooooo...ehehehe

Yeahhh... bermula ari ni... maka bermula cuti tanpa gaji aku selama 2 minggu..ehehehe... setelah berhempus pulas bekerja dgn gegilanye di company lama aku...maka dgn tekad yg kuat dan berserah segalanya pada Allah..maka haku telah mengambil keputusan ini... perjuangan demi perjuangan mencari kerja baru..Alhamdulillah ... walaupun diduga dengan mcm2 dugaan... maka haku berjaya memperolehi pekerjaan yang baru... di sebuah syarikat yg terkenal... haku x akan meletakkan harapan setinggi gunung disini... tanggungjawab disini makin besar..itu yang aku sedar.. aku berazam utk bekerja dengan tekun dan sebaiknye... aku dah meletakkan target utk mencari ilmu yg baru disini... bagi haku,disekeliling kita ini semuanye pembelajaran....

So...two weeks off idok le haku isikan dengan berjalan2 ke Menara KL , ke Cameron Highlands,ke Bukit Tinggi atau pergi ke mana-mana..... manyak mende yang x sempat haku nak settle ..akan aku settlekan ... maybe kalau nak g jalan2 pun..aku g usha2 tempat opis baru... agak jauh dr umah tapi demi mencari rezeki...aku akan kuatkan smgat.... tapi x de le jauh mana..masa interns ngan LHDN dulu haku ulang alik gak dr umah...ehehehe lex je..ehehehe so..thanks kepada kawan2 yg mendoakan haku...mudah2an makin murah rezeki haku hendaknye... mana tahu akan melimpah2 kepada keluarga,sedara mara dan rakan2 sekeliling yg menyayangi haku....ehehehe... so later on nak bebel lagi..la ni ujan plak.. nak lepak2 dgr ceramah UHD ..ehehe