Monday, July 30, 2012

Monday, July 9, 2012

S.E.D.I.H.

Assalamualaikum, Dah lama x update blog... ermm... ari ni duduk sorang2 dlm opis , teringin nak update blog ni... setelah hampir 9 bulan abah sakit..disahkan kanser ... keadaan abah sgt uzur.. tersangat2 uzur pada kali ini ... sayu dah sedih terasa sampai hati ini redha andai disitula pengakhirannya... biar dia pergi dengan tenang... Semalam abah menangis... tak tahu samada kesan mengambil morphine atau itu mmg dari hatinya ... semangatnya utk hidup makin pudar ... ulcer perut yang berdarah sbyk 2 kali dalam 3 minggu mmg benar2 melelahkannya ... Dihujung bulan Februari, abah kelihatan ceria dan sihat ... semangat politiknya berkobar2 ... boleh memandu kereta, pergi ke ceramah dan macam2 lagi ... hati kami remuk pada masa itu tapi dah itu kehendaknya ... kami turutkan ... Allah hanya memberikan kesihatan dan keceriaan selama sebulan .. selepas itu sakit abah berulang kembali ... malah makin bertambah dengan jangkitan di bahagian hati dan paru-paru ... ER dah banyak kali aku kunjungi,menjawab soalan para doktor disaat kecemasan benar2 melelahkan ... seram sejuk aku ketepikan ... aku akui .. dalam tiap kesulitan hidup pasti ada pengajaran dan semangat yang Allah ingin berikan.. Allahmdulillah, pengalaman sakit, mematangkan aku dan aku menjadi org yg kuat semangat ... Terima kasih sgt2 buat sahabat handai abah, jiran2 dan ahli surau yg sentiasa dtg ke rumah memberikan semangat dan doa ... semalam telah diadakan majlis bacaan yasin buat abah ... runtun jiwa ini ... hanya dpt ditelan ... tapi kadang2 gugur jugak air mataku ... Ya Allah kuatkan semangat ku dalam menghadapi erti kehilangan insan2 yang aku sayang ... p/s: buat sahabat2 ku .. doakan la yg terbaik buat ayahku..buat seseorang yang pernah mengkhabarkan kepadaku satu berita iaitu selepas aku sihat, akan ada ahli keluargaku yg sakit.. doakan la kesejahteraan buat kami sekeluarga, kuatkan smgat kami dalam menempuh hari2 yg mendatang...