Saturday, April 25, 2009

Seorang Gadis - Nowseeheart


Seorang Gadis lyrics by Nowseeheart

Ada seorang gadis

Termenung di jendela

Memikirkan nasibnya

Yang telah ternoda

Terpinggir terhina

Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada

Begitu juga ayahnya

Mengharungi dunia

Tanpa pedoman di jiwa

Keliru hatinya

Antara syurga dan neraka

Pada siapa

Harus dipinta

Secebis rasa seulit mesra

Di akhir noktah

Usia dirinya

Yang akan berhenti jua

Deraian air mata

Menangisi dosanya

Rebah dia mengharap

Keampunan Tuhannya

Serta ketenangan

Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja

Tetapi terleka kerana

Nafsu yang mengaburinya

Namun Tuhannya masihcintakan dirinya

Walaupun dosanya

Selautan dunia

Mengapa perlu berasa

Berjauhan dari Yang Esa

Sedangkan Allah sentiasaMerahmati hamba-Nya

Yang sering terlupa

Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali

Bukti kasih Ilahi

Syukur dia ditemukan

Jalan kebahagiaan

Mengukir ceria

Membenam segala

Kecewa.....


Sedih dengar lagu ni... walaupun tiada kena mengena dengan diri ku, tapi ia berkait dengan seseorang yang aku kenali,konflik dalam diri yang dia alami amat menyedihkan aku.. aku pernah berhadapan dengan sahabat yang sebegini.. tanpa ku duga kawan yang akan aku temui hari tu datang dgn perut yang memboyot ... aku hanya mampu mengalirkan air mata sahaja ... sukar aku nak berkata-kata ... apalah nasib diri dia..aku pun x tahu ... sekali lagi Allah temukan aku dengan seorang gadis yang telah lari dari landasanNya..keliru dengan agamanya sendiri... aku hanya mampu membantu apa yang aku terdaya.. benar ... Hidayah adalah dari Allah.. hati ku luka semalam ... luka yang teramat... telah kuserahkan pada Ilahi atas segalanya... mudah2an Allah sentiasa bersama dia .. Ya Allah,terima kasih atas nikmat iman ini... Ampunilah segala dosa ku ... selamatkan la diriku dan keluarga ku dari api nerakaMu Ya Allah... Aku mohon taufik dan hidayahMu..Ya Allah...

No comments:

Post a Comment