Saturday, May 30, 2009

Redha..

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.


Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.


Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
1. Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.


Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.htm

Senang je nak sebut yang kita redha atas apa yang terjadi dalam hidup kita..tapi benarkah kita redha ? Kerana sebuah buku yang telah dihadiahkan sempena besday ku yang ke 17+ yang lepas..hehe aku dpt merasakan perasaan redha itu .. nampak mcm kecik..hal buku pun nak redha .. tapi ianya berkait2 dan memang mendatang kesan buat aku ... buku ni mmg bacaan aku pagi2 semasa pergi keje ... dok dlm tren aku akan membacanya..ada la sekali kena tenung ngan sekor mamat ni.. aikk baca Hisnul Muslim pun kena tenung ke..tahu la muka mcm dak al-azhar ..wakaka dasat2 leh tahu dak al-azhar tu...hahaha :-D

Mmg patent aku kalau dpt hadiah dr sesapa... aku mmg akan menjaga sebaiknye ... tak tahu la mcm mananya dtg kecuaian aku pada arituh..ermm.. boleh tertinggal buku di platrofm ... ms dlm tren aku teringat lalu aku kembali untuk mencari buku yang hilang .... habis seme org aku tanya ..disebabkan itu adalah hadiah ...hilang pulak tu..aku dah mula nak menangis ... mmg jiwa halus aku ni...seme pompuan dalam family aku mmg mcm ni..hahaha kucen mak 'Mok' hilang skjap pun tadi.. mak dah nak nangis..hahaha.. padanla abah selalu tak tahan tgk air mata kitaorg..wakakaka berbalik pada situasi nak menangis tu.. teringat laa... ramai yg pesan aku utk jgn mudah menangis lately ni .. mcm mana ye ..deme x bagi aku nangis ni ... ermm aku pun berdialog dlm hati..seperti berkata2 dgn Allah... Ya Allah.. kau lembutkan la hati orang yang jumpa buku tu..pulangkan la kembali padaku ... tapi andai ia bukan untukku ... aku redha ya Allah.. aku berserah padamu... tup2..dari dada yg sesak dan kusut.. aku dapat merasakan ... satu perasaan yang tenang dan damai ... tenang setenangnye....

Aku mula berfikir..mengaitkan keadaan tadi dengan diriku ... keadaan diriku yang agak tidak tenang dan dalam gundah gulana ... aku selalu terfikirkan tentang 'dia' ... sampai kadang-kadang aku tak faham dgn diriku sdri ... bila berjumpa pulak..aku jadi mcm org yang pemalu mengalahkan atok yang dapat gelaran pesakit paling pemalu dari doktor...wakaka atok2 ..hehe ... ermm dasatnyee..sampai aku nak buat novel laa.. bertajuk "Cintaku kerana mimpi" ...wakakaka mampos ada yg gelakkan ni...hahaha :-p~~ jujur je laa...payah ar konar2 ni..hehe ... so bila aku kaitkan konsep redha dengan masalah aku ni...aku dapat satu keputusan ... aku tak berdaya.. aku tiada kuasa untuk mendapatkan apa yang aku nak ... segalanya adalah dari Allah ... aku sedih..aku kesal sebab aku lupa pada doa yang aku selalu sebutkan selepas solat ... aku lupa Allah ... aku terleka atas kesalahan diriku sdri .. aku pasrah..aku tdo dengan linangan air mata penyesalan ....

Hari yang agak tenang utk ku ... aku lebih terbuka untuk mengakui kesilapanku ... ku serahkan segalanya pada Allah ... setibanya aku di station lrt pada ptg tu .. aku ke kaunter bertanyakan perihal buku ku ... Ya Allah, Alhamdulillah... aku dapat kembali buku ku .. gembira sgt2 aku ,sampaikan yang kat kaunter pun sama2 gembira dgn aku.. :-) benarla.. tak rugi jika kita redha dan berserah pd Allah... satu pengajaran yg mmg berguna utk aku .... dan aku lebih kuat n tabah utk menghadapi 'dia' ... tiada apa sebenarnye..cuma aku lalai dan leka melayan perasaan sampai dimain2kan jin dan syaitan ... mudah2an aku lebih tenang semasa menghadap 'dia' ... Syukur Allah sebab cepat2 menarik diriku semasa aku lemas dgn diriku sdri ....

No comments:

Post a Comment