Sunday, June 21, 2009

Doa yang menenangkan aku ....


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Lazimnya Solat Istikharah akan dikaitkan dengan hal berkaitan jodoh .... walhal skop solat istikharah ni amat luas ... Rasulullah sendiri menganjurkan solat ini dalam setiap urusan ... ermm aku baru menyedari hakikat ini ... wujud satu ketenangan dalam diri bila kita meletakkan segalanya kepada Allah yang telah kita sedia maklum akan kekuasaanNya sebagai Pencipta dan kita sebagai hambaNya yang amat lemah .....

Disebabkan akan kelemahkan ku dalam memahami bahasa syurga ini ... maka aku lebih suka membaca kan doa di dalam bahasa melayu ... ermm sangat sedih .. mmg dari dalam jiwa andai kita benar2 menginsafi kejahilan kita dan meletakkan diri sbgai hamba... aku tiada daya ya Allah..hanya padaMu, ku berserah ...

Thanks dik gjan... course teach me bout this ... mudah2an Allah sentiasa merahmati dan melindungi adik ... kadang2 susah kita nak cakap sesuatu perkara yang kita x pasti apa akan jadi di masa hadapan... kadang2 sesuatu perkara yang kita tak suka tu... yang akan kita dapat.. atau apa yang kita nak ...kita tak mungkin akan dapat ... Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita ....

Jalan nak dekat dengan Allah ni sebenarnya tidak mudah .... ketabahan dan kesabaran di perlukan .... berdasarkan pengalaman aku mengorak langkah bersendirian mencari kesembuhan...aku cepat benar tersentuh hati dengan sesiapa jua yang senasib dengan ku ... bukan keluarga ku x membantu ... aku tidak mahu menyusahkan mereka dan kadangkala aku agak payah nak terangkan apa sebenarnye terjadi .... bila aku bercerita..dikatakan terlalu terbawak2 ... bila dok diam... x mahu nak kongsi dengan family .... aku amik langkah senyum je n istigfar dalam hati ...

Kalau sakit fizikal senang nak xplain ... tapi sakit sebegini .. ermm ntah laaa... mungkin ini satu dugaan bagi kami yang sakit ... sebab bila jumpa ustaz2 je ..... dlm mind masing2... bila nak sembuh ni..x de improvement jek ... cuba jumpa tok moh ... terus sihat ... ermmm aku sdri pun dah tak tahu apa yang melekat kat aku ni ....hehehe ... aku dah x fikir ... aku jalan jer...teruskan hidup .....

Doa ini selalu kubacakan lately ini .... banyak dugaan yang datang dua tiga menjak ni .... benda2 yang aku x pasti dan aku x tahu dari planet mana datangnye ...hehehe ermm so mengambil langkah dengan berserah segalanya pada Allah SWT... air mata pasti berlinangan tiap kali dibacakan doa ini .... ermm Ya Allah,bantula hambaMu ini .....

No comments:

Post a Comment