Kisah mengenai diriku di Forum TAQ yang aku tulis hampir setahun yang lalu...
Bulan Ogos 2008,genapla setahun zai sakit terkena buatan sihir. Zai dapat sakit ni dari opis lama zai. Bulan ni masuk la 2 bulan zai keje di opis baru. Walaupun sakitnye x sehebat dulu, masih ada dan dugaan masih wujud untuk zai disini.
Zai keje x lama kat situ, setahun lebih saje. 1st June,zai masuk bekerja di Corporate & Finance dept utk sebuah company yg listed di bursa saham. Ingatkan leh ikat mati sampai beranak,bercucu. Qada n Qadar nye x sebegitu. Department ni terdiri daripada pekerja2 lama di company ni. Melayu semenye,kecuali Group Accountant n GM. Kadang2 org kata jgn pandai2 guna ilmu kalau belajar separuh jalan. Adala dpt ilmu sedikit dari adik angkat sbb dia risaukan kakak angkatnye yg lurus bendul ni..hehe .. org kata x elok ilmu kenal manusia ni..kita x leh tgk dari luaran.Tapi niat dia utk zai berjaga2. Kat dept ni ada Kak N,Kak H,Kak I,''Kak Polan'' n Abg Z. Seme kakak disini sakit kecuali Kak Polan n Abg Z . Kak polan mmg la x sakit, dia la kepalanye. Dari hari pertama zai sampai, mmg hati zai dah sebut dia ni lain mcm. Pandangan mata dia sama seperti pandangan mata yg cikgu silat zai bgtahu (jadi AJK je..hehe tukang buat air). Mata dia tepat pada kita, walaupun kita panggil dia. Dia scan agaknye. Bukan sahaja kakak tu,malah suami n anak2 diaorg. Suami isteri bergaduh hari2, anak asyik keluar masuk hospital.
Selepas 2 bulan zai disitu, zai tgk batuk diaorg tak berhenti. Tak siapa bagitahu apa yg terjadi,sbb diaorg tak nak dituduh membuat fitnah. Sampaikan mulut ni terlepas la, ckp kat Kak I, NAPE TGN AKAK NI BERKEDUT N KEJANG SEMACAM? AKAK KENA JUMPA ORG PANDAI2 NI, MASA YG SAMA , KAK POLAN TANYA, SIAPA YG PANDAI? G DARUSSYIFA LA, LAIN MCM JE SAKITNYE.. hati dah mula rasa yg x sedap. Zai ada ceritakan pada seorg kawan di JB. Dia kata perasaan ko je tuh.
Hujung bulan 7, permohonan Kak H untuk bertukar ke Sg. Buloh diluluskan. Tak ada siapa yg nak buat Big Account kat situ. Kak H,beria2 mahu zai bukan kak polan. Dengan kurangnye pengalaman, zai terpaksa ambil alih account ni sbb kalau zai x amik Kak H x boleh transfer. Kak H ada sebulan je utk ajar zai. Di dept tu,hanya zai seorg saje staff yg buat account ada degree, bujang n muda remaja ..hahaha..perasan aku. Mana x si polan benci zai. Dia x mahu zai naik.
Selasa masa Rabu,masa tu zai period. Diawal bulan Ogos 2007, zai baru je nak terlelap. Antara sedar dan jaga pada pukul 1 pagi. Ade lembaga hitam mendakap tubuh zai. Rasa dada sesak. Cepat2 zai tersedar n mula2 mmg terbayang muka kak polan n ckp .. AKU TAK KACAU KO,JGN KACAU AKU .. mlm tuh jugak zai call kawan kat JB. Dia tenangkan n ckp x de pepe la. Mmg mengigil masa tu, zai amik wudhu n baca bismillah n qursi byk kali. Bangun pagi tu rasa berat sekali. Dada mula rasa sakit. Kaki kiri zai, yg pernah kak polan pegang tiba2 je sakit. Sakit susah sgt nak jalan. Sampai ari ni, kaki kiri ada terasa panas n sthing bergerak. Diopis, dada makin sakit. Kepala rasa x selesa, mcm bangunan ni bergoyang2. Ptg jumaat tu,zai jumpa kak H & kak n. Tanya pada diaorg,tapi diaorg x pasti lagi kak polan. Tapi zai akan ingat kata2 kak polan pada zai pagi isnin minggu berikutnye, tanpa simpan prasangka, zai tanya khabr dia, dia ckp KO TUH YG KENA JAGA DIRI KO BAIK2 .. waaa mmg menyirap masa tu..tapi zai ni mmg jahat..zai gelak.. apa salah zai, x puas ati. Sbb x suka kak h, kenakan zai.
Tak nak tuduh kak polan. Masalahnye kitaorg x leh sebut nama dia. Seme akan sakit dada pada masa yg sma. Sambil buat keje n tahan sakit,zai dgr surah yassin n ikut dlm hati . Mata ni mmg jahat, ekor mata zai perasan dia jeling zai. Dia duduk sebelah zai je. Lepas kak h transfer zai duduk belakang. Seme yg sakit mimpi dia . Mintak petunjuk dr Allah, kuo suara dia ..mmg seriau masa tu .. Tiap kali period kena berpura2 duduk dlm surau. Tak nak lagi tambah sakit. Kalau dah sakit,terjejas prestasi keje. Dia berniat nak mengatakan ada degree pun tapi bodoh jugak. Air mata ni mengalir tak henti2. Mintak ampun dr Allah. Karier yg zai bina mcm nak musnah. Tapi zai positifkan diri. Mcm2 dia kenakan zai, bukan sihir je. Mcm2 cara. Sampai zai berdoa pada Allah bg je la zai dpt keje baru jgn buat zai jadi zalim mcm dia. Dihina,dipandang bodoh. Dipanggil mangkuk oleh manager yg pun terkena sihir cuma dia tak perasan agaknye.
Banyak pengajaran dari pengalaman ini. Sentiasa positifkan diri n fikirkan ada lagi yg hebat diduga oleh Allah. Manusia yg nampak alim,usung Harakah kehulu kehilir, tak semesti nye dia benar2 ada hati yg luhur. Kak N susah nak bercakap, dia ni yg paling beramal. Sekali dia bercakap amat bermakna,tu la ulasan kak n ttg manager zai yg panggil zai mangkuk. Janji dia pada zai kosong je, dia ni asyik dgr kata kak polan. Even dia manager, dia x boleh nak decide,kena tanya kak polan dulu. Maybe kak polan rasa dia dah berjaya dpt apa yg dia nak. Takpela bagi je skrg. Bukan skit org yg kata , sihir ni x lama, lama2 akan makan dia jugak. Takpe la. Bykkan bersabar saje. Mudah2an akak2 disana akan dilindungi Allah selalu.
Wakakaka... kelako la plak masa baca posting aku kat forum TAQ ... hehehe part Harakah tu yg x tahan tu... hahaha ntah laa.. masa menulis ni dulu ... hidupku dalam kesempitan ... pelbagai dugaan Allah berikan padaku ... air mataku .. x pernah kering mengalir ... tiap kali selepas solat taubat .. air mata lg mengalir deras ... ermm tapi aku bersyukur ... sakit ku x seteruk mana ... ada lagi yg hebat diduga Allah ... ada hikmahnya aku diduga sebegini ... aku bersyukur pada Allah kerana masih menyayangi diriku ... peringatan demi peringatan aku perolehi ... betul kata gjan, ilmu perubatan islam ni bukan sahaja menemukan aku dengan ilmu2 nak merawat tapi lebih mendekatkan aku kepada Pencipta-ku.. Allah S.W.T . ...
Jalan hidupku.. aku rasakan sukar .. adalagi ramai manusia yang mengalami kehidupan yang lagi perit dariku .... perkenalan dengan sahabat2 yg sama sakit dengan diriku amat meninggalkan kesan dalam diriku ... pelbagai pengalaman pahit dan manis telah aku alami sepanjang diduga Allah ... Ya Allah.. aku mohon kasih sayangMu ... berkati dan rahmatilah daku .... semoga yang baik2 akan datang dalam hidupku .. menjadikan aku hambaMu yang lagi bertakwa .... Amin :-)
Tajuk entry kali ni agak mengelirukan musuh yerr.... wakakaka :-p ni rentetan sebelum mimpi okeh .. so kena bebel2 dulu seblum menceritakan kisahnya ek .... sooo to be continue laa .. hehe :-p~~
No comments:
Post a Comment