Pengarang: Kasmuri Selamat MA
Kod: DN 263
ISBN: 983-046-185-8
Kandungan: 232 m.s.
Harga: $10.00
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.
Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah SWT., mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Umar bin Abdul Aziz berkata, “tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT., kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya”.
Semoga buku ini bermanfaat bagi kita semua dalam menghadapi dugaan dan sentiasa menghiasi peribadi dengan sifat kesabaran, insya Allah.
Tujuan Musibah atau cubaan yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya ialah:
- Untuk membersihkan dan memilih, mana orang yang mukmin yang setia dan mana yang munafik.
- Untuk mengangkat darjat serta menghapuskan dosa.
- Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba.
- Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat berbudi tinggi.
- Sebagai latihan, supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannnya.
No comments:
Post a Comment