Monday, March 30, 2009

Aku Lupa Segalanya dari Allah...

Aku lupa rezeki yang berkat,kesihatan,jodoh,hidup mati,gembira sedih dan macam2 lagi adalah dari Allah ... ermm masalah yang baru kuterima ini..benar2 membuat aku asyik berfikir dan perasaan ni resah gelisah aje ... aku benar2 buntu dalam nak membantu masalah opis mate haku ni ... benar2 menduga kesabaran aku bila berdepan dgn diri dia .. tapi aku berniat ikhlas untuk membantu dirinya ... aku anggap seperti adik aku sdri.. lagi2 dia adalah anak sulung yang telah ditekan dari kecil oleh ibu bapanya utk menjadi seperti acuan mereka .. jiwa dalam dirinya selalu memberontak tapi dia cuba menjadi sempurna utk mereka ...

Menjadi sempurna utk orang lain sampai satu tahap ia akan meletup dan dia ingin bebas sebebasnya ... dari seorang pelajar sekolah agama arab di kelantan..top scorer among student.. kehidupan yang bulat ini..benar2 telah berpusing dan menjadikan kehidupannya bertukar dari putih kepada hitam.. ditambah lagi dgn sakit gangguan yang dia alami.. tempiasnya jugak terkena pada haku .... minggu2 pertama,aku x suka betul dgn dia..begitu juga die ... sampai satu masa kenalan kami yang baru menyuruh utk aku melihat2 kan dia...

Semua ini terjadi tanpa diduga..bila dia dalam keadaan tidak waras..dia akan melontarkan apa sahaja untuk berkata2 .. tanpa dia sedar apa2..dia mengkhabarkan sakitnya pada haku .. ya Allah,bagaimana jika dia telah terjumpa salah orang.. fitnah dan pandangan yang buruk kepada dia..benar laa..tiada apa yang Allah jadikan sia2 ,dan pertemuan ini ada hikmahnya walaupun aku tiada daya untuk membantunya...

Dia keliru dgn diri dia.. Dia mahukan syurga Allah tapi dia memberikan berbagai alasan untuk mencapai matlamatnya..peristiwa pagi jumaat lepas benar2 membuatkan haku terngaga dan mengelengkan kepala.. aku tiada kata2 ... cuma aku mengajaknya berubat dan dia tiba2 bertukar menjadi keras.. geram juga aku pada mulanya..tapi aku pujuk hati dan kata itu bukan die ... aku diam sahaja dan membuat keje opis ... ermm ntahlaa... bila waktu petang,die dalam kesakitan,dgn muka yg pucat lesi dan mata yg layu..dia mintak tolong haku.. duduk je dia dihadapan haku..ya Allah,serta merta satu badan ku sakit.. aku istigfar dan baca ayat qursy berulang kali... aku kuatkan semangat dan ingat Allah, aku berdoa agar Allah melindungi aku sentiasa dan memberikan kesabaran buat diri ku ...

Benar..aku lupa segalanya dari Allah..sebab aku x suka dia bersama lelaki itu.. tapi aku lupa..jodoh pertemuaan itu dari Allah.. layakkah aku melindungi diri Dia .. aku x mampu.. baru kusedar pagi ini..segalanya adalah dr Allah..benar,aku harus serahkan pada Allah.. agar resah dan gelisah ini hilang.. segalanya kebergantungan ku letakkan pada Allah..Dia Maha Mengetahui ,Maha Berkuasa ,Maha Penyayang buat hambaNya ...

Mudah2an Allah melindungi diriku,adik2 ku,anak2 ku dan keturunanku dari maksiat.. Dilindungi Allah sentiasa dari leka dan lalai dari mengingati Allah sentiasa.. Ya Allah berikan aku kesabaran dalam menghadapi permasalah ini,kuatkan smgat ku,bantula aku Ya Allah.. aku benar2 hambaMu yang lemah... tiada daya dan upaya.. Jangan kau palingkan hati ini dariMu Ya Allah.. apa yang jadi pada this gurl benar2 buat aku insaf dan sedih.. aku takut Allah dah tak sayang aku lagi ..Ya Allah,leganya lepas tulis ni..

Aku mohon doa kalian.. Mohon doakan aku kuat semangat,dilindungi Allah sentiasa.. Doakan agar Allah campakkan hidayah buat this gurl ek..diberikan kesembuhan oleh Allah dan kembali pada Allah ..Amin ..Amin Ya Allah....

No comments:

Post a Comment