Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Selawat dan Salam buat junjungan besar kesayangan kita...Nabi Muhammad S.A.W.... 12 Rabiulawal tarikh ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W...sedih bila teringatkan Rasulullah S.A.W..sbb diri ni x dapat menjadi umat yang baik..tapi seperti biasa..sebagai seorang manusia yang positif maka haku berazam berubah sedikit demi sedikit..ehehehe...mudah2an Allah tak memalingkan hati ini dariNya...Ini mmg lagu peberet haku..mmg suka sgt2... masa sakit teruk dulu bila dgr lagu ni mmg meleleh la air mata ni... 19 Rabiuawal ni pulak besday haku dalam kiraan tahun Islam.. ehehe.. x malu betul bgtahu..waakaka...syok layan nasyidfm malam ni...byk lagu2 pasal Rasulullah... sambil melayan mata yang x boleh nak tdo sbb siang tadi dah tdo x hinggat..balik je dr Manarah...lepas tuko baju n basuh muka terus carik bantal..wakaka...satu badan rasa sakitnye kali ni...uwaaaaaaaaa...ehehehe mak cakap..nak sgt ye..amik2..wakaka..sabar2... ujian kesabaran tuh..ehehehe nanti la cite pasal 2nd experience di Manarah...so nak golek2 sambil dgr ruqyah n baca buku TGNA yg baru 'Telaga Budi' ..... Salam Maulud Nabi seme... sayang Rasulullah S.A.W selalu tau...
No comments:
Post a Comment