Tuesday, February 10, 2009

"Melihat Sesuatu Dengan Pandangan Mata Hati"

"Melihat sesuatu dengan pandangan mata hati,barulah dapat melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat"..ungkapan yg selalu diucapkan oleh pengacara rancangan Iktibar Dari Tanah Suci di setiap akhir rancangannya... ungkapan yang sangat bermakna bagi haku ... sefahaman haku,pandangan dari mata hati ini adalah kita sentiasa muhasabah diri atas tiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita...mengemas kini diri dari masa ke semasa.. mensyukuri segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan oleh Allah....menganalisa setiap ujian dan dugaan yang datang dari Allah adalah sebagai peringatan dan kata-kata dari Allah...

Sebelum diuji oleh Allah dengan dugaan yang sehebat sekarang ini...haku pun tergolong dalam manusia2 yang x berapa reti nak bersyukur atas nikmat dan rahmat yang telah Allah kurniakan buat diriku...ujian dan dugaan dari Allah bersebab..antara sebabnye...
  1. Allah mahu hamba2Nya memohon keampunan kepadanya..ini kerana hamba2Nya sentiasa lupa untuk sentiasa beristigfar kepadaNya..padahal Allah sgt sukakan hambaNya yang sentiasa beristigfar...
  2. Sebagai satu peringatan dari Allah
  3. Balasan dari dosa-dosa yang terdahulu
  4. Allah ingin memberikan pahala buat hambaNya
  5. Allah ingin meninggikan darjat hambaNya

Alhamdulillah..sekarang ni,haku melihat dugaan yang datang kepada diriku adalah satu peringatan dari Allah dan membersihkan dosa2ku yang lepas... dalam melalui hari demi hari melawan kesakitan dan ujian demi ujian...aku sentiasa muhasabah diri untuk menjadi hambaNya yang terbaik... Syukur,sekarang aku lebih tenang dalam menghadapi segala ujianNya..cuma aku tak mahu jadi bengkeng2 lagi..x de la aku garang mana pun..cuma aku mahu look cool je when come situasi yg menyakitkan hati..boleh tersenyum je mcm tn.aji baba ke ... ehehehe... selalu ingat pesan tn.aji ... "Senyumlah walau tersepak batu dan kaki berdarah"...dalam tu..makan dalam makna ayat ni... ingat senang ke nak senyum once kaki sakit n berdarah... ehehe...ok la skrg ni,once masalah yg berat2 mai..aku leh cool dan lebih bertenang untuk handle..

Alhamdulillah..aku ada banyak penasihat x berbayor dalam hal ini..ehehe aku berazam untuk melakukan sunnah Rasulullah S.A.W.... mendekati Al-Quran...ada rezeki nak belajar ilmu perubatan supaya once family aku sakit,senang nak bantu..teringat once mak sakit,adik2 aku cakap..Chik,sembur2 mak sikit..wakakaka... apalagi belasah ayat yg hapei je le..ehehe ralat gak x hape awal2 buku UHD tu..bukak buku tu ..hahaha...takpe,ada rezeki Allah mudahkan nanti... tunggu ye Dato' ..kang kalau x dapat nak blajo ngan Dato' ..saya ikut kata Ustaz Mokhtar.. x dapat guru,anak buah pun jadi leee...ehehehe sabau je leerrr.... okeh2 ..next time ngarut lagi.. nak wat planning..sat g dah nak start koje ...

Monday, February 9, 2009

Aisyah:Keanggunan Sebenar


Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad,
Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.
Buku ini adalah karya Sulaiman an-Nadawi, ulama terkemuka dari Universiti Nadwatul Ulama. Beliau adalah guru kepada Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Keistimewaan buku ini terletak pada kajiannya berkenaan pengetahuan serta sejarah hidup Aisyah Ummul Mukminin.
Aisyah adalah sumber rujukan intelektual para sahabat terkemuka.Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.
Di dalam buku ini, Sulaiman an-Nadawi mengupas kehidupan Aisyah, kedudukannya dalam bidang hadis dan fikah, pengetahuan agamanya, pandangannya dalam masalah hidup seharian, ke-istimewaan dan karakter peribadinya, serta pengetahuannya yang mendalam berkenaan hukum Islam.Selain itu, buku ini juga mengisahkan kecerdasan Aisyah, cintanya pada sunah Nabi Muhammad, cita-citanya dalam menerapkan sunah itu ke dalam hidup orang Islam daripada segala segi, baik bersifat peribadi mahupun daripada sudut sosial.
Salah satu buku favourite saya,peribadi Ummul Mukminin ini telah memikat hati saya dari zaman persekolahan lagi... digambarkan sbgai wanita yang manja,comel..ehehe..kesayangan Rasulullah..kesayangan Rasulullah yang berilmu dan menjadi rujukan para sahabat...berani mengeluarkan pendapat dan bijaksana ...
Syukur Alhamdulillah...dapat juga saya membaca satu buku yang menceritakan latar belakang Ummul Mukminin ini dari Detik Kelahirannya...berpengetahuan luas dalam ilmu Fikah,Tauhid dan Akidah..Aisyah juge adalah antara pelapor hadis yg terbanyak ...memperjuangkan hak wanita ...
Ya Allah,izinkan daku utk bertemu Ummul Mukminin ini di syurgaMu nanti... amin..

Saturday, February 7, 2009

MyFebruary

Selalunye bile sebut February je,seme org kan terpikio kan Valentine Day ..alaaa kisah paderi yg mati kena bunuh tu ... teman x la menyambutnye Valentine Day tu,just mention je ...nak kata Islamic sgt haku ni..tak laa jugak..biasa je walaupun member2 masa study dulu selalu tanya... ko blaja sekolah agama ye zai? betul ke ko duk kat PJ ni zai? ehehehe biasa je la member ...haku ni sedang mencari diri ini.. banyak kisah dlm bulan February ini yg meninggalkan kisah suka duka dlm hidup haku ....kenapa ye??

Bulan ni le haku dilahirkan... nak kata hepi sgt besday bulan 2 ni... idok le jugak..sebabnye cepat jadi tue leee...wakakaka... rugi tul..kalau lahir bulan 12 ..leh le menyamor2 kan..hahaha.. actually haku ni x kesah sgt coz pasal usia ni ... coz aku mmg sempoi n redha atas ketentuan ilahi ...jika begini la jalan kehidupan yg aku lalui ...aku redha dan bahagia ... susah nak judge bahagia ni ..x sama takrifan bahagia ..mcm kat Palestine..kalau dpt elektrik ni ..pasti diaorg bahagia ...tapi yg kita kat sini...ermm saje je muka sardin ada letrik ..hahaha membazio lagi ade lee...wakakaka ada yg terasa kot...hahaha sabo ye...

Bulan February jugak perkenalan haku ngan my best buddy..someone yg show me what life it is ...zam zam ala kazamm...hahaha si zam ni mmg sempoi,mulut laser,kelakar,penuh dgn ilmu kehidupan dll lagi laaa... sekolah dia adalah di jalanan.. dia manusia yg x takut dgn cabaran .. dah masak dgn tipu helah manusia sekeliling.. syukur die dah ada kedai di Plaza Angsana skrg ni..bangga dgn die .. survive diri dgn keje printing t-shirt,wat grafik n jahit2an ..ehehe malu haku ngan dio ni..pandai menjahit ... hahaha... so die la..org yg mula2 tahu pasal kejadian yg bagi aku agak menyedihkan sepanjang hidup aku ... sori beb..wa x yah pakei daun kelor tu..hahaha thanks for being my best buddy ...

Bulan February ni selalu buat haku teringat pada jiran sebelah umah sewa masa study dulu .. dia meninggal dunia dlm eksiden kete semasa dlm perjalanan utk memenuhi jemputan perkahwinan member satu course ...ok la jujur ek..hahaha die ni MySecret Admirer... hahaha.. aku pun admire gak kat dio..hahaha seme terbongkar bila member yg tahu dia suka kat aku call lepas baca kisah eksiden arwah ni dlm paper Metro... selalu gak perasan die pandang haku kat pagar..kat library..waaaa zai perasan comel !!! hahaha .... dia x jadi nak usha aku hanya sbb dia agak aku dah ada tunang...waaa...terperanjat den.. kenapa?? sbb ko pakai cincin laa..aiyakk ni cincin mak..pakai sbb rindu kat mak..mintak kat mak nak pakai ... isyh2 ... baru tahu bilik kitaorg sebelah menyebelah je ..ehehehe selalu tertanya2 awek umah sebelah yg mana satu bilik sebelah ngan bilik die .. upe2 nye suka dgr haku mengaji (yg tajweed x berapa nak betul ni..ehehe) .. tapi itu laa..namanye qada n qadar Allah ... kata member,kalau ko kawen ngan die..ntah2 ko janda muda beb.. ermm...itulah namanye takdir .. tak semua yg kita rasa baik utk kita adalah yg baik utk kita..Allah Maha Mengetahui mana yg terbaik utk kita ... peristiwa ini mmg benar2 meninggalkan kesan bg haku bila memikio kan pasal qada n qadar dr Allah ....

So MyFebuary ni..byk jugak kisah2 sedih yg aku rasa bio la aku simpan sendiri..atau ntah2 aku dah lupa sbb sbgai org yg selalunye positif..ehehe aku suka melenyapkan kisah2 silam ..like mcm delete memory gtu... sama mcm when aku ada crisis ngan some one ..for me better aku x jumpa n bercakap dgn org tu..hati aku x sakit dan aku x menyakitkan hati die .. jalan hidup aku mudah .. aku sayang siapa yg sayang aku .. aku akan cuba bersabar dgn siapa yg cari pasal dgn aku ..tapi aku akan attack org tu bila dia dah melebihi dr standard yg telah aku tetapkan..hahaha bila aku dah dok diam2 ..jgn cuba nak kacau2 ... siap la kau..hahaha mula la jadik bengkeng ...tapikan aku bengkeng ke?? iye kot sbb aku dah jumpa byk manusia yg zalim dan suka ambil kesempatan atas diri yg comel ini..wakakaka ...

Next time mengarut lg laa..chaoo...ehehe :-p

Wednesday, February 4, 2009

Mana Satu Pilihan Hati

"Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul.

Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi? “Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

"The Beauty of Life does not depend on how happy you are. But how happy others can be. Because of You!!!.." from: Tmn2Syurga-www.ukhwah.com

Bismillah 5


Dapat ilmu baru..keistimewaan bismillah 5 & 7... anak murid UIK yg bgtau...ehehe so kenala di hape dan diamalkan...thanks ye akamaru anak tuan yoshinaga..hahaha thanks pada Abg Abror sbb bg pdf file Bismillah 5 ni..nak usha Bismillah 7 pulok...

Tuesday, February 3, 2009

BORED BORED BORED

Nampak pintu opis je bored gegila...uwaaa bored betul aku...keje melambak2 tahap gaban menanti...tapi muka aku mmg sempoi gegila ..mood x de..risau lak tinggei mak kat umah dgn lelaki2 iteww..hahaha...abah pagi2 dah kuo umah...ude la yg handle anak2 buah ni... sblom g opis tadi dah siap2 kan bubur n sup ketam utk mak..air utk mak makan ubat pun dah bancuh....

Ermmm..apa la perkataan yg dpt nak mengantikan ke'bored'an haku ari ni ek...maybe maleh kot..hahaha... call masuk byk gile...lagi agak2 x de semangat je ...hahaha ok la..baik solat zohor...ilangkan perasaan maleh ni...sabo zai..sabo ..dugaan dr Allah ni..kena hadapi dgn tenang dan redha ..insya Allah..aku akan makin kuat ari sehari ....

Monday, February 2, 2009

Ayat Penahan Hujan !!!

Surah Hud ayat 44, dikatakan Doa Nabi Nuh semasa banjir.. kisahnya zai x tahu laa..maybe kalau ada sesiapa yg tahu leh bgtahu ek...

'Wahai bumi telanlah airmu,dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu (Hud:44)'

Di atas adalah antara ayat penahan yg boleh digunakan bila darah x henti mengalir keluar,hingus meleleh,kencing x tus n lain2 lagi.. masa attend course thn lepas .. dapatla ilmu ni..so di hari cuti yg lagi bahagia ini...haku telah pun memakai salah satu dari ayat penahan darah yg telah dipelajari..ehehehe

Based on ayat diatas, Nabi Nuh berdoa supaya hujan tidak turun ... tapi ari ni atas sbb x hape ayat ni..so pakai ayat yg biasa di amal sehari2 ..surah al-ikhlas ... kan senang je kan surah ni... ari ni x keje..cuti sbb mak x sihat...suspect demam chikukunya tuh... semalam dah bawah jumpa doc n kasi inject sama mak ... by then before g klinik..lama gak nak pujuk mak ke klinik..so dgn x berapa pandeinye..buatkan air tawar utk mak..baca 3 kali weii..ehehe mcm x konfiden je haku .. niat pada Allah mtk redakan sakit mak ... Alhamdulillah..mak muntah2 lepas tu..haku lihat sbgai satu petanda yg baik ...mudah2an bisa2 virus tu keluar dgn muntahan mak .....

So..ari ni jadi IBU kat umah ..dgn anak buah ada kat umah n jaga mak ..haku kena handle umah..mmg wanita la aku ari ni..layan mak makan ubat.mandikan anak buah,kemas umah n basuh baju..yg hangin ye ari ni...mendung semacam je langit ari ni..sambil2 kemas umah ,haku mesinkan baju n tgk cuaca kat luo..tak leh jadi nii..teringat la ayat penahan darah yg haku pelajari...mengambil kisah Nabi Nuh ..maka sambil memandang langit..baca fatehah,selawat nabi n baca surah al-ikhlas...once gelap je baca...pas abih je baca..terang..waaaa happy2 ye masa tu..ehehe ...then g dapo lak ..tetiba gelap balik...dugaan ni.. tgk luo n baca lagi..ehehe...sampai abah tanya,pandang atas tu kenapa..ehehe x de pe..saje je..waaaa...sampai skrg ni..alhamdulillah..masih panas ni..masa doa tadi niat,pas kain kering,pastu ujan le..ehehe ampeh tul haku ni..ehehe ok le ..nak jengok2 mak n angkat kain...