Tuesday, February 10, 2009

"Melihat Sesuatu Dengan Pandangan Mata Hati"

"Melihat sesuatu dengan pandangan mata hati,barulah dapat melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat"..ungkapan yg selalu diucapkan oleh pengacara rancangan Iktibar Dari Tanah Suci di setiap akhir rancangannya... ungkapan yang sangat bermakna bagi haku ... sefahaman haku,pandangan dari mata hati ini adalah kita sentiasa muhasabah diri atas tiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita...mengemas kini diri dari masa ke semasa.. mensyukuri segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan oleh Allah....menganalisa setiap ujian dan dugaan yang datang dari Allah adalah sebagai peringatan dan kata-kata dari Allah...

Sebelum diuji oleh Allah dengan dugaan yang sehebat sekarang ini...haku pun tergolong dalam manusia2 yang x berapa reti nak bersyukur atas nikmat dan rahmat yang telah Allah kurniakan buat diriku...ujian dan dugaan dari Allah bersebab..antara sebabnye...
  1. Allah mahu hamba2Nya memohon keampunan kepadanya..ini kerana hamba2Nya sentiasa lupa untuk sentiasa beristigfar kepadaNya..padahal Allah sgt sukakan hambaNya yang sentiasa beristigfar...
  2. Sebagai satu peringatan dari Allah
  3. Balasan dari dosa-dosa yang terdahulu
  4. Allah ingin memberikan pahala buat hambaNya
  5. Allah ingin meninggikan darjat hambaNya

Alhamdulillah..sekarang ni,haku melihat dugaan yang datang kepada diriku adalah satu peringatan dari Allah dan membersihkan dosa2ku yang lepas... dalam melalui hari demi hari melawan kesakitan dan ujian demi ujian...aku sentiasa muhasabah diri untuk menjadi hambaNya yang terbaik... Syukur,sekarang aku lebih tenang dalam menghadapi segala ujianNya..cuma aku tak mahu jadi bengkeng2 lagi..x de la aku garang mana pun..cuma aku mahu look cool je when come situasi yg menyakitkan hati..boleh tersenyum je mcm tn.aji baba ke ... ehehehe... selalu ingat pesan tn.aji ... "Senyumlah walau tersepak batu dan kaki berdarah"...dalam tu..makan dalam makna ayat ni... ingat senang ke nak senyum once kaki sakit n berdarah... ehehe...ok la skrg ni,once masalah yg berat2 mai..aku leh cool dan lebih bertenang untuk handle..

Alhamdulillah..aku ada banyak penasihat x berbayor dalam hal ini..ehehe aku berazam untuk melakukan sunnah Rasulullah S.A.W.... mendekati Al-Quran...ada rezeki nak belajar ilmu perubatan supaya once family aku sakit,senang nak bantu..teringat once mak sakit,adik2 aku cakap..Chik,sembur2 mak sikit..wakakaka... apalagi belasah ayat yg hapei je le..ehehe ralat gak x hape awal2 buku UHD tu..bukak buku tu ..hahaha...takpe,ada rezeki Allah mudahkan nanti... tunggu ye Dato' ..kang kalau x dapat nak blajo ngan Dato' ..saya ikut kata Ustaz Mokhtar.. x dapat guru,anak buah pun jadi leee...ehehehe sabau je leerrr.... okeh2 ..next time ngarut lagi.. nak wat planning..sat g dah nak start koje ...

1 comment:

  1. Pandangan dari mata hati bukan bererti sentiasa muhasabah diri dari atas tiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita.

    Mata hati atau dikenali sebagai ainulbasyirah hanya menilik kepada hakikat dan makrifat. Ianya terbuka setelah hati bersih dari penyalit-penyakitnya dan mata hati yang buta mula disentuh cahaya.

    Cahaya yang mula-mula dilihat oleh mata hati ialah cahaya 'zikrullah'. Wallahhuaalam.

    Suarahati dari versihati@gmail.com

    ReplyDelete