Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad,
Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.
Buku ini adalah karya Sulaiman an-Nadawi, ulama terkemuka dari Universiti Nadwatul Ulama. Beliau adalah guru kepada Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Keistimewaan buku ini terletak pada kajiannya berkenaan pengetahuan serta sejarah hidup Aisyah Ummul Mukminin.
Buku ini adalah karya Sulaiman an-Nadawi, ulama terkemuka dari Universiti Nadwatul Ulama. Beliau adalah guru kepada Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Keistimewaan buku ini terletak pada kajiannya berkenaan pengetahuan serta sejarah hidup Aisyah Ummul Mukminin.
Aisyah adalah sumber rujukan intelektual para sahabat terkemuka.Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.
Di dalam buku ini, Sulaiman an-Nadawi mengupas kehidupan Aisyah, kedudukannya dalam bidang hadis dan fikah, pengetahuan agamanya, pandangannya dalam masalah hidup seharian, ke-istimewaan dan karakter peribadinya, serta pengetahuannya yang mendalam berkenaan hukum Islam.Selain itu, buku ini juga mengisahkan kecerdasan Aisyah, cintanya pada sunah Nabi Muhammad, cita-citanya dalam menerapkan sunah itu ke dalam hidup orang Islam daripada segala segi, baik bersifat peribadi mahupun daripada sudut sosial.
Salah satu buku favourite saya,peribadi Ummul Mukminin ini telah memikat hati saya dari zaman persekolahan lagi... digambarkan sbgai wanita yang manja,comel..ehehe..kesayangan Rasulullah..kesayangan Rasulullah yang berilmu dan menjadi rujukan para sahabat...berani mengeluarkan pendapat dan bijaksana ...
Syukur Alhamdulillah...dapat juga saya membaca satu buku yang menceritakan latar belakang Ummul Mukminin ini dari Detik Kelahirannya...berpengetahuan luas dalam ilmu Fikah,Tauhid dan Akidah..Aisyah juge adalah antara pelapor hadis yg terbanyak ...memperjuangkan hak wanita ...
Ya Allah,izinkan daku utk bertemu Ummul Mukminin ini di syurgaMu nanti... amin..
No comments:
Post a Comment