Sunday, June 21, 2009

Doa yang menenangkan aku ....


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Lazimnya Solat Istikharah akan dikaitkan dengan hal berkaitan jodoh .... walhal skop solat istikharah ni amat luas ... Rasulullah sendiri menganjurkan solat ini dalam setiap urusan ... ermm aku baru menyedari hakikat ini ... wujud satu ketenangan dalam diri bila kita meletakkan segalanya kepada Allah yang telah kita sedia maklum akan kekuasaanNya sebagai Pencipta dan kita sebagai hambaNya yang amat lemah .....

Disebabkan akan kelemahkan ku dalam memahami bahasa syurga ini ... maka aku lebih suka membaca kan doa di dalam bahasa melayu ... ermm sangat sedih .. mmg dari dalam jiwa andai kita benar2 menginsafi kejahilan kita dan meletakkan diri sbgai hamba... aku tiada daya ya Allah..hanya padaMu, ku berserah ...

Thanks dik gjan... course teach me bout this ... mudah2an Allah sentiasa merahmati dan melindungi adik ... kadang2 susah kita nak cakap sesuatu perkara yang kita x pasti apa akan jadi di masa hadapan... kadang2 sesuatu perkara yang kita tak suka tu... yang akan kita dapat.. atau apa yang kita nak ...kita tak mungkin akan dapat ... Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita ....

Jalan nak dekat dengan Allah ni sebenarnya tidak mudah .... ketabahan dan kesabaran di perlukan .... berdasarkan pengalaman aku mengorak langkah bersendirian mencari kesembuhan...aku cepat benar tersentuh hati dengan sesiapa jua yang senasib dengan ku ... bukan keluarga ku x membantu ... aku tidak mahu menyusahkan mereka dan kadangkala aku agak payah nak terangkan apa sebenarnye terjadi .... bila aku bercerita..dikatakan terlalu terbawak2 ... bila dok diam... x mahu nak kongsi dengan family .... aku amik langkah senyum je n istigfar dalam hati ...

Kalau sakit fizikal senang nak xplain ... tapi sakit sebegini .. ermm ntah laaa... mungkin ini satu dugaan bagi kami yang sakit ... sebab bila jumpa ustaz2 je ..... dlm mind masing2... bila nak sembuh ni..x de improvement jek ... cuba jumpa tok moh ... terus sihat ... ermmm aku sdri pun dah tak tahu apa yang melekat kat aku ni ....hehehe ... aku dah x fikir ... aku jalan jer...teruskan hidup .....

Doa ini selalu kubacakan lately ini .... banyak dugaan yang datang dua tiga menjak ni .... benda2 yang aku x pasti dan aku x tahu dari planet mana datangnye ...hehehe ermm so mengambil langkah dengan berserah segalanya pada Allah SWT... air mata pasti berlinangan tiap kali dibacakan doa ini .... ermm Ya Allah,bantula hambaMu ini .....

Sunday, June 14, 2009

Syaamil Al-Quran Terjemaahan...


Online pepagi ni check dlm shoutbox... ada message dr tuan empunya blog Kelas Pengajian Al-Quran (KPAQ) .. thanks sbb berkunjung ke blog kita ek .... geram betul tgk kelas-kelas pengajiaan Al-Quran tuh..rasa mmg nak join sesgt tau ... banyak benor kekangannya ... insya Allah mudah2an dimudahkan Allah nanti ... mudah2an dapat mendalami,memahami dan mengamalkannya ... menyusup masuk ke blog Kelas Pengajiaan Al-Quran... waaa tuan empunya cerita tentang Syaamil Al-Quran.. sgt infomatif Al-Quran ni..sesuai sgt la untuk aku yang tak berapa nak faham bahasa Arab ni yerr... behnya.. dok usha2 rege Al-Quran ni yang dpt pun dalam Singapore Dollar 40.00 ... Al-Quran Syaamil ni dari Indonesia ... based dr blog KPAQ,kena tempah dulu yerr Al-Quran..nanti la den nak usha rege die yerr....



indeks yang disediakan untuk membuat rujukan

best betul yerr..ada tafsir laa kat tepi tuh.. ya Allah jakunnye aku..wakakaka :-p



siap ada rujukan tajwid ni...Alhamdulillah..nanti den nak usha ni.. xjadik la nak beli Al-Quran purple tuh...wakakaka jahal tul aku ni ek...hehehe :-D

Nak tahu lebih lanjut...masuk blog KPAQ ... sebab lagi detail penerangannya... ingat nak jalan2 Pustaka Mukmin nanti ar.. nak usha deme ada jual ke idok Al-Quran ni ....pepe nanti leh update ek kat sini.. ok la nak turun bawah.... lepak2 sebelum nak g berubat ari ni..

Friday, June 12, 2009

AllahuRabbi - Inteam

Enjoy this song tau .. best sgt2 ..selalu dgr kat opis pagi2 ...hehehe :-D mmg fun sesgt... mcm2 bahasa ada ni .... suka dak2 inteam ni dah lama... cari cd bacaan yassin deme x jumpo lak arituh .. ermmm x pe...ada le nanti tuh .

Who is The Creator

Who is The Sustainer

Surely He's The One

Lord of all mankind

Ya Allah...

Allah Allah Ya Allah Allah Allah

Allah Allah Ya Allah Allah Allah

Anta Ya Rabbi

Anta Ya Rahman

Anta Ya Allah

Allahu Rabbi

Chand or sittarre bohot cham ketey he

Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he

Roshni ke baht andera hota he

Sab kuch khuda ke wujud nehi he

Har parta darakh sigh girta he

Ye sab kuch khuda ki taqath he

Sammandar or zamin me kitni mitthi he

Sab kuch khuda ki iradat he

Bulan dan bintang hiasi alam

Tiada kan bercahaya tanpa izinNya

Terangnya siang berganti malam

Tiada sekali menyalahi aturannya

Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya

Helaian dedaunan gugur dari pepohonan

Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan

Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan

Tetap dalam pandangan iradat Tuhan

Tuesday, June 2, 2009

Ketika Cinta - OST Perempuan Berkalong Sorban by Siti Nurhaliza





Ada tiada rasa dalam jiwa

Rindu akan memanggil-Mu

Karna setiap jiwa t’lah bersumpah

Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa

Wangi bunga dunia tanpa nestapa

Segala yang dirasa hanyalah Dia

Hati ‘kan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil

Gemetar tubuhku

Ketika cinta memanggil

Hangatnya nafasku


Ketika cinta memanggil

Menderu sang rindu

Ketika cinta memanggil

Rindu rindu rindu qalbu

Memanggil-manggil namamu

Seperti terbang di langitmu

Tenggelam di lautan cintamu

Bertabur qalbu yang rindu

Melebur menjadi satu

Bagai menari diiringi pelangi

Ketika cinta memanggil

OST untuk filem yang aku nanti2 kan ..ehehe bila nak mai Malaysia ni.. based on novel hasil nukilan dr seorg penulis wanita indonesia ... kat Indonesia dah ditayangkan pada January 2009... nak tgk weii... dulu nak tgk sgt Ayat-ayat cinta kat wayang.. tapi ntah apa yg menghalang...x dapat nak tgk ..insya Allah kali ni akan cuba..hehehe best sgt lagu ni..mendalam maksudnye laa.. suka kalau dgr lagu ni tanpa tgk muka siti... hehehe jgn mare ye cik siti ...ehehe ... selepas tgk trailer dia ..mmg syok ar ... pejuangan anak seorg Kiyai .. yang memberontak berkaitan dgn larangan2 yang terdapat dlm ajaran Islam ... emm nak komen pasei ni ... diri ku ni agak kekampungan la jugak .... wakakaka... so kena tgk dulu baru le leh komen kan .. so kat bawah ni ada sinopsisnya dlm bahasa jawa2 seh...wakakakaka :-D enjoy this song ek ... hehehe :-)

Sinopsisnya:
Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang
Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang
Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.
Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh
Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…
Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?





Saturday, May 30, 2009

Redha..

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.


Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.


Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
1. Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.


Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.htm

Senang je nak sebut yang kita redha atas apa yang terjadi dalam hidup kita..tapi benarkah kita redha ? Kerana sebuah buku yang telah dihadiahkan sempena besday ku yang ke 17+ yang lepas..hehe aku dpt merasakan perasaan redha itu .. nampak mcm kecik..hal buku pun nak redha .. tapi ianya berkait2 dan memang mendatang kesan buat aku ... buku ni mmg bacaan aku pagi2 semasa pergi keje ... dok dlm tren aku akan membacanya..ada la sekali kena tenung ngan sekor mamat ni.. aikk baca Hisnul Muslim pun kena tenung ke..tahu la muka mcm dak al-azhar ..wakaka dasat2 leh tahu dak al-azhar tu...hahaha :-D

Mmg patent aku kalau dpt hadiah dr sesapa... aku mmg akan menjaga sebaiknye ... tak tahu la mcm mananya dtg kecuaian aku pada arituh..ermm.. boleh tertinggal buku di platrofm ... ms dlm tren aku teringat lalu aku kembali untuk mencari buku yang hilang .... habis seme org aku tanya ..disebabkan itu adalah hadiah ...hilang pulak tu..aku dah mula nak menangis ... mmg jiwa halus aku ni...seme pompuan dalam family aku mmg mcm ni..hahaha kucen mak 'Mok' hilang skjap pun tadi.. mak dah nak nangis..hahaha.. padanla abah selalu tak tahan tgk air mata kitaorg..wakakaka berbalik pada situasi nak menangis tu.. teringat laa... ramai yg pesan aku utk jgn mudah menangis lately ni .. mcm mana ye ..deme x bagi aku nangis ni ... ermm aku pun berdialog dlm hati..seperti berkata2 dgn Allah... Ya Allah.. kau lembutkan la hati orang yang jumpa buku tu..pulangkan la kembali padaku ... tapi andai ia bukan untukku ... aku redha ya Allah.. aku berserah padamu... tup2..dari dada yg sesak dan kusut.. aku dapat merasakan ... satu perasaan yang tenang dan damai ... tenang setenangnye....

Aku mula berfikir..mengaitkan keadaan tadi dengan diriku ... keadaan diriku yang agak tidak tenang dan dalam gundah gulana ... aku selalu terfikirkan tentang 'dia' ... sampai kadang-kadang aku tak faham dgn diriku sdri ... bila berjumpa pulak..aku jadi mcm org yang pemalu mengalahkan atok yang dapat gelaran pesakit paling pemalu dari doktor...wakaka atok2 ..hehe ... ermm dasatnyee..sampai aku nak buat novel laa.. bertajuk "Cintaku kerana mimpi" ...wakakaka mampos ada yg gelakkan ni...hahaha :-p~~ jujur je laa...payah ar konar2 ni..hehe ... so bila aku kaitkan konsep redha dengan masalah aku ni...aku dapat satu keputusan ... aku tak berdaya.. aku tiada kuasa untuk mendapatkan apa yang aku nak ... segalanya adalah dari Allah ... aku sedih..aku kesal sebab aku lupa pada doa yang aku selalu sebutkan selepas solat ... aku lupa Allah ... aku terleka atas kesalahan diriku sdri .. aku pasrah..aku tdo dengan linangan air mata penyesalan ....

Hari yang agak tenang utk ku ... aku lebih terbuka untuk mengakui kesilapanku ... ku serahkan segalanya pada Allah ... setibanya aku di station lrt pada ptg tu .. aku ke kaunter bertanyakan perihal buku ku ... Ya Allah, Alhamdulillah... aku dapat kembali buku ku .. gembira sgt2 aku ,sampaikan yang kat kaunter pun sama2 gembira dgn aku.. :-) benarla.. tak rugi jika kita redha dan berserah pd Allah... satu pengajaran yg mmg berguna utk aku .... dan aku lebih kuat n tabah utk menghadapi 'dia' ... tiada apa sebenarnye..cuma aku lalai dan leka melayan perasaan sampai dimain2kan jin dan syaitan ... mudah2an aku lebih tenang semasa menghadap 'dia' ... Syukur Allah sebab cepat2 menarik diriku semasa aku lemas dgn diriku sdri ....

Monday, May 25, 2009

Phoenix Dactylifera + Zam-Zam + UIK

Ini adalah gambar ustaz saya ...wakakaka...perasan2 ..bukan ta'asub pada guru yerr.. idok2 ... Ustaz,doakan saya sembuh tau ... :-( waaaa sadis la pulak ...hehehe :-D ... selalunya sebelom tdo..kalau teringat ustaz .. selalu akan mintak ustaz doakan utk kita kan ... walaupun muka ustaz garang ngan anak dara...wakakaka :-D tetap sayang jugak ustaz ...hehehehe

Ini adalah molekul air zam-zam,air yang paling cantik molekulnya ... itu sudah pasti,air yang penuh barakah bila meminumnye ... cantikkan .....




Ini pulak air mata telaga zam-zam, yang x akan putus2 mengalir sampai la ke hari kiamat ... MasyaAllah ... Allahuakbar ... sedap dpt mandi masa2 sakit ni kan .... tentu aman dan tenang je rasa ... x tahan..nak mandi tuh..wakakakaka :-)


Ini pula gambar kurma, nama saintifiknye adalah Phoenix Dactylifera ... best betul nama dia ek ...ehehe haa sat g nak telan kurma ni 3 bijik n makan madu ..bekalan tenaga utk esok ...hehehe insya Allah nak pose sepanjang minggu ni ... nak kuatkan ruh ....wakakaka yela tuh... puasa x ganti2 lg weeeiii...hahaha :-D
Ermmmm.... kenapa aku posting mende2 ni ek ... tentu korang pelikkan ... hehe adala sebabnye ... yang pasti aku nak post mende ni sebab kena piat2 kaki tadi...wakakaka... nak jadikan kenangan laa ...




Saturday, May 23, 2009

Thanks Ustaz Hasrizal ...

Pengalaman selama 2 bulan ini dalam hidupku amat mencabar ....kehadiranku ditempat kerja yang baru membawa bermacam2 pengalaman dalam hidupku .... dugaan yang datang agak bertimpa2 dan benar mencabar diriku ... mencabar kesabaran ku ... iltizam ku untuk termasuk dalam golongan yang sikit itu makin mendugaku ... benar,ia tidak mudah ... sekarang,aku berazam utk sabar dan bertenang walau dalam situasi mana pun ...samada bahagia atau sedih ... semasa membaca tulisan Ustaz Hasrizal tentang kesukaran yang dia hadapi semasa biasiswanya di gantung..benar2 menginsafkan aku ...hanya dengan mencari Allah ... hati ini akan tenang...

Pengalaman selama 2 bulan ini benar2 menginsafkan aku tentang hakikat keimanan dan pejuangan dalam diri melawan musuh2 Allah ... 2 bulan ini benar2 memberikan tentangan dalam diri ini ... aku sakit kembali ... Alhamdulillah, aku berusaha keras melawan ..walaupun kadangkala aku mengeluh kesakitan dan penat ... tiap kali aku lemah,aku sedih dan mengeluh ... aku berdoa dan mohon pada Allah ... berikan pertolongan pada aku .... andai aku yang dipilihNya untuk membantu ... permudahkan la jalan untukku ... ada kalanya aku diuji ... cepat2 aku berdoa dlm hati .. Ya Allah,bantu la aku ... aku lemah,aku mohon kekuatan dariMu .... :-(

Kali ini, aku benar2 diuji ... bertemu dgn benda2 pelik,bertemu dgn manusia yang memandang pelik semasa aku berjalan dengan kawanku ... nyaris2 mengalami kemalangan semasa pergi merawat ... mengawal kawanku semasa dia almost nak merasuk ... mengalami kejadian pelik2 semasa mengambil air kolah ... ermm banyak yang aku alami .. tapi mmg diriku ... hanya akan bercerita mana yang perlu ... agak2 jiwa ni x tahan sgt atau aku rasa perlu shj aku akan bercerita ...pengalaman pengsan dan kejadian di masjid benar2 menginsafkan aku .... aku masih mencari2 surah yang dibacakan imam semasa solat maghrib pada hariku pengsan ...

Bertemu dengan orang2 yang lagi teruk diduga Allah..benar2 menginsafkan aku ... cerita Ustaz Hasrizal benar2 membuka mataku ... adakalanya sesuatu yang normal apabila kita tersungkur pabila diuji ... itu sudah pasti kerana kita adalah hamba Allah yang lemah dan tidak sempurna ... tapi bukan bermakna tersungkurnya itu selamanya ... kita perlu bangkit dan memohon pertolongan dari Allah dari dalam jiwa .... itulah pegangan hidupku selama ini ... tiap kali aku tersungkur .... aku bangkit dan berusaha lagi ... untuk mengejar bayang2 hitam itu tidak mungkin untuk aku ..... kebahgiaan dan kesedihan itu ditangan kita..pandai2 la kita memilihnya ...

Kesedihan berada dalam diriku pada hari ini ... tapi ku gagahkan jua untuk tersenyum ... kalau ikutkan perangai lamaku ... aku akan lari dari masalah atau aku akan lari dari tempat yang buat aku sedih ... ermm ntah laa... aku akan cuba kuatkan smgat aku setiap hari ... jadi lagi baik hari demi hari ....