1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Thanks to Mencari Sinar Ilahi ... nak tempek kat blog..senang nak refer nanti.. :-)
"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Sunday, November 22, 2009
Tuesday, September 8, 2009
Qari Mahmoud Khalil Al-Hussary
Sheikh Mahmoud Khalil Al-Hussary was born in a village called Shobra al-Namla in Tanta, Egypt in 1917. Mahmoud entered the Quran School at the age of four. At 8, he had already memorized the whole Quran and at 12, he entered to the religious institute and learned the ten qira'at (recitations) in Al-Azhar University.
Sheikh Al-Hussary passed away on November 24, 1980, immediately after praying salatul Isha.
Dalam dok2 wat keje opis tadi..sambil2 tu dgr bacaan Al-Quran...selalu dgr ruqyah je..stop2 le bulan puasa ni.. dgr selawat n bacaan ayat suci Al-Quran la pulak... sabar dan redha je laa... kalau ada yg nak tembak2 lg bulan puasa ni... ermm serah je pada Allah... lalui hidup mcm biasa je... bacaan Sheikh Mahmoud Khalil Al-Hussary ni memang boleh buat hati sayu je dgr ... before ni x tahu pun pasal Syeikh ni... suka sgt dgr Misyaari dan Imam kat Mekah.. Ya Allah ..lupa lak nama dia .. alaa yg baca Qunut Nazilah sampai sebak2 suara tu... tgh dok kira2 mana yg x tak balance ..wakaka tiba2 je hati ni sayu je ... sebak .... eh siapa yg sedih ni.. aku ke toncet?? wakakaka :-D ...
So, check2 Surah yg den dgr ... Surah Al-Hajj ... baca translation surah ni .. ermm padanla sebak je ... pasal hari kiamat...pasal azab2 Allah.. berkenaan hambaNya yg engkar pada suruhan Allah ... ermmm besh la Syeikh ni baca ... boleh leleh2 air mata ni.. saya suka...saya suka ... hehehe :-p~~ try search pasal Syeikh ni... dapat la cinonit je info pasal die .... kalau pandai bahasa Arab kan besh kan... so x guna nak menyesal2 zai sbb amik mandarin ... wakakaka insya Allah... mana tahu diberi kesempatan satu hari nanti utk belajar mengaji dgn baik dan blaja bahasa Arab... dok ngendeng2 Ustazah Bahasa Arab la lepas ni ... wakakaka :-p ...enjoy sgt dgr bacaan Syeikh ni .. mudah2an dapat membaca Al-Quran sebaik begini satu hari nanti .. Ya Allah, terangkan la hatiku... lapangkan masaku ... dipanjang2kan la rezeki buatku... dipermudahkan aku utk membaca Kalam Mu ... :-( alamak... dah emo plak.. hahaha ok2..sambung balik buat keje ... :-) Enjoy listening k kengkawan ....
Sunday, June 14, 2009
Syaamil Al-Quran Terjemaahan...

Online pepagi ni check dlm shoutbox... ada message dr tuan empunya blog Kelas Pengajian Al-Quran (KPAQ) .. thanks sbb berkunjung ke blog kita ek .... geram betul tgk kelas-kelas pengajiaan Al-Quran tuh..rasa mmg nak join sesgt tau ... banyak benor kekangannya ... insya Allah mudah2an dimudahkan Allah nanti ... mudah2an dapat mendalami,memahami dan mengamalkannya ... menyusup masuk ke blog Kelas Pengajiaan Al-Quran... waaa tuan empunya cerita tentang Syaamil Al-Quran.. sgt infomatif Al-Quran ni..sesuai sgt la untuk aku yang tak berapa nak faham bahasa Arab ni yerr... behnya.. dok usha2 rege Al-Quran ni yang dpt pun dalam Singapore Dollar 40.00 ... Al-Quran Syaamil ni dari Indonesia ... based dr blog KPAQ,kena tempah dulu yerr Al-Quran..nanti la den nak usha rege die yerr....


siap ada rujukan tajwid ni...Alhamdulillah..nanti den nak usha ni.. xjadik la nak beli Al-Quran purple tuh...wakakaka jahal tul aku ni ek...hehehe :-D
Nak tahu lebih lanjut...masuk blog KPAQ ... sebab lagi detail penerangannya... ingat nak jalan2 Pustaka Mukmin nanti ar.. nak usha deme ada jual ke idok Al-Quran ni ....pepe nanti leh update ek kat sini.. ok la nak turun bawah.... lepak2 sebelum nak g berubat ari ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)