Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

10 Surah yang mujarab dari Rasulullah SAW

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Thanks to Mencari Sinar Ilahi ... nak tempek kat blog..senang nak refer nanti.. :-)

Friday, May 15, 2009

Amalan Cepat Kawen ...ehehehe

"Dan janganlah Engkau menujukan pandangan kedua matamu Dengan keinginan kepada apa Yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka Yang kafir itu menikmatinya, Yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa." (Surah Toha ayat 131-132)

Yeaa... ari ni tn.aji bagi aku satu amalan...ehehe amalan nak bagi cepat kawen ..ehehehe tn.aji cakap "SUKA LER TU" ... ehehehe "SUKA..SUKA..SUKA SGT2 " ...wakakaka :-D .. tn.aji ni mmg best ..sporting gile layan aku ni yang gila2 ni..ehehe seorang perawat yang ku anggap seperti ayahku sendiri ... melayan setiap permasalahanku dengan penuh sabar ... walaupun tn.aji x pernah rawat aku walaupun ada peluang masa di Klia, tapi aku menganggapnya salah sorang perawat aku ... banyak nasihat,amalan dan ilmu2 yang ku perolehi dari dia .... kata tn.aji, amalan ni tn.aji dapat daripada Syeikh Faiz .... terima kasih tn.aji ... mudah2an yang baik2 datang pada tn.aji ek ... hehe :-)

Ayat 131 dan 132 Surah Toha ni perlu diamalkan sebanyak 11 kali selepas solat fardu..Insya Allah akan dicepatkan jodoh .. yang penting kena usaha dan yakin dengan amalan ... tidak putus asa dan sentiasa memohon doa yang baik2 dari Allah ..

Antara khasiat ayat ni jugak .. untuk sesiapa yang sakit..jika diamalkan .. insya Allah dia akan sembuh ..manakala kalau pelupa tuh.. mudah2an akan makin bertambah cergas dan cerdas la akalnya tuh..ehehe ...haa lagi satu khasiatnya..kalau fakir akan menjadi murah rezekinya ..murah ke melimpah2 ruah ek ...hehe mcm best ckp melimpah2 la rezeki ek ... agaknye bile rezeki dah murah tu yang cepat kawen tu kan ...hahaha :-D

Soooo...selamat beramal..ehehe

Wednesday, April 8, 2009

Bismillah 7

Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

2. Dengan nama Allah yang amat mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui setiap sesuatu.

3. Dengan nama Allah yang maha pencipta, lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia yang menguasai lagi amat mengetahui.

4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat bijaksana.

5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat berkuasa.

6. Dengan nama Allah yang amat perkasa lagi mulia yang tidak ada sesuatu pun menyamainya, dan Dia amat perkasa lagi amat mulia.

7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi mengasihani yang tidak ada sesuatupun menyamainya, dan Dia maha pengampun lagi mengasihani, Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia amat mengasihani dari segala-galanya.

8. Dan berselawatlah Allah keatas penghulu kami Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya dan telah selamatlah.

Wednesday, February 4, 2009

Bismillah 5


Dapat ilmu baru..keistimewaan bismillah 5 & 7... anak murid UIK yg bgtau...ehehe so kenala di hape dan diamalkan...thanks ye akamaru anak tuan yoshinaga..hahaha thanks pada Abg Abror sbb bg pdf file Bismillah 5 ni..nak usha Bismillah 7 pulok...

Monday, February 2, 2009

Ayat Penahan Hujan !!!

Surah Hud ayat 44, dikatakan Doa Nabi Nuh semasa banjir.. kisahnya zai x tahu laa..maybe kalau ada sesiapa yg tahu leh bgtahu ek...

'Wahai bumi telanlah airmu,dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu (Hud:44)'

Di atas adalah antara ayat penahan yg boleh digunakan bila darah x henti mengalir keluar,hingus meleleh,kencing x tus n lain2 lagi.. masa attend course thn lepas .. dapatla ilmu ni..so di hari cuti yg lagi bahagia ini...haku telah pun memakai salah satu dari ayat penahan darah yg telah dipelajari..ehehehe

Based on ayat diatas, Nabi Nuh berdoa supaya hujan tidak turun ... tapi ari ni atas sbb x hape ayat ni..so pakai ayat yg biasa di amal sehari2 ..surah al-ikhlas ... kan senang je kan surah ni... ari ni x keje..cuti sbb mak x sihat...suspect demam chikukunya tuh... semalam dah bawah jumpa doc n kasi inject sama mak ... by then before g klinik..lama gak nak pujuk mak ke klinik..so dgn x berapa pandeinye..buatkan air tawar utk mak..baca 3 kali weii..ehehe mcm x konfiden je haku .. niat pada Allah mtk redakan sakit mak ... Alhamdulillah..mak muntah2 lepas tu..haku lihat sbgai satu petanda yg baik ...mudah2an bisa2 virus tu keluar dgn muntahan mak .....

So..ari ni jadi IBU kat umah ..dgn anak buah ada kat umah n jaga mak ..haku kena handle umah..mmg wanita la aku ari ni..layan mak makan ubat.mandikan anak buah,kemas umah n basuh baju..yg hangin ye ari ni...mendung semacam je langit ari ni..sambil2 kemas umah ,haku mesinkan baju n tgk cuaca kat luo..tak leh jadi nii..teringat la ayat penahan darah yg haku pelajari...mengambil kisah Nabi Nuh ..maka sambil memandang langit..baca fatehah,selawat nabi n baca surah al-ikhlas...once gelap je baca...pas abih je baca..terang..waaaa happy2 ye masa tu..ehehe ...then g dapo lak ..tetiba gelap balik...dugaan ni.. tgk luo n baca lagi..ehehe...sampai abah tanya,pandang atas tu kenapa..ehehe x de pe..saje je..waaaa...sampai skrg ni..alhamdulillah..masih panas ni..masa doa tadi niat,pas kain kering,pastu ujan le..ehehe ampeh tul haku ni..ehehe ok le ..nak jengok2 mak n angkat kain...

Friday, January 30, 2009

Amalan Pendinding Diri & Pembatal Sihir

Petang tadi chat ngan kak humeira,dok cerita pasal hizib..kak Humeira mmg rajin buat amalan..bagus tul akak ni..dalam dok cite tu..terkeluo lak pasal ayat 33..by the way akak tatau..so zai story pasal tuh kat sini la ye..ehehe ...eden raso better lotak kat sini..den pun senang nak refer nanti ....So zai dah buat perbandingan antara kumpulan 20 ayat Ruqyah,Manzil ngan ayat 33.. so Selamat Beramal...ehehhe mudah2an dilindungi Allah sentiasa dan sihat seperti sediakala..aminnn...
Susunan Ayat2 dalam Manzil
  1. Al-Fatihah
  2. Al-Baqarah - ayat 1-5,163,225-257,284-286
  3. Al-Imran -ayat 18,26-27
  4. Al-A'raf - ayat 54-56
  5. Al-Isra' - ayat 110-111
  6. Al-Mukminun - ayat 115-118
  7. As-Soffat - ayat 1-11
  8. Ar-Rahman - ayat 33-40
  9. Al-Hasyr - ayat 21-24
  10. Al-Jin - ayat 1-4
  11. Al-Kafirun
  12. Al-Ikhlas
  13. Al-Falaq
  14. Al-Naas

Susunan ayat2 dalam Ruqyah Syariah. Pertama2 ialah ayat Al-Fatihah

  1. Al-Baqarah - ayat 1-5
  2. Al-Baqarah - ayat 102
  3. Al-Baqarah - ayat 163-164
  4. Al-Baqarah - ayat 255
  5. Al-Baqarah - ayat 285-286
  6. Al-Imran - ayat 18-19
  7. Al- A'raf - ayat 54-56
  8. Al-A'raf - ayat 117-122
  9. Yunus - ayat 81-82
  10. Thaha - ayat 69
  11. Al-Mukminun - ayat 115-118
  12. As-Shaffat - ayat 1-9
  13. Al-Ahqaf - ayat 29-32
  14. Ar-Rahman - ayat 33-36
  15. Al-Hasyr - ayat 21-24
  16. Al-Jin - ayat 1-9
  17. Al-Ikhlas
  18. Al-Falaq
  19. An-Nass

Susunan ayat 33. Pertama2 baca Al-Fatihah dan selawat buat Rasulullah S.A.W.

  1. Al-Baqarah - ayat 1-5
  2. Al-Baqarah - ayat 255-257
  3. Al-Baqarah - ayat 284-286
  4. Al-A'raf - ayat 54-56
  5. Al-Israk - ayat 110-111
  6. Al-Shaffat - ayat 1-11
  7. Ar-Rahman - ayat 33-35
  8. Al-Hasyr - ayat 21-24
  9. Al-Jin - ayat 3-4

Conclusionnya..ayat 33 ada didalam Manzil...ayat 33 juga terdapat dalam Ruqyah Syariah ... ayat 33 ni selalu dianjurkan membaca oleh Tuan Mufti N9..utk keselamatan diri ,keluarga dan harta benda ...ermm eden disarankan utk mengamalkannya sampai jadi darah daging n hapei..insya Allah ..in progress..ehehe