Thursday, February 26, 2009

Sabar dan Tawakal

SABAR

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0666.
Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan seorang wanita sedang menangis di samping kuburan. Nabi saw. bersabda kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan sabarlah!" Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang saya derita ini." Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka diberitahukan orang kepadanya bahawa itulah Nabi saw. Kerana itu dia pergi menemui Nabi saw. dan dia tidak melihat seorang penjaga pun. (Lalu ia terus menemui Nabi saw.) Katanya kepada Nabi, "(Maaf Tuan), Saya tidak mengenal Tuan." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya sabar itu (diperlukan) ketika permulaan kena musibah."


TAWAKAL

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4164.
Mewartakan kepada kami Harmalah bin Yahya; mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Wahab; mengkhabarkan kepadaku Ibnu Lahi'ah, dari Ibnu Hubairah, dari Abu Tamim Al-Jaisyaniy, dia berkata: Aku mendengar 'Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sekiranya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi kalian rezki sebagaimana Dia memberikan rezki kepada burung. Pergi pagi harinya dalam keadaan lapar, dan pulang petang harinya dalam keadaan kenyang".

No comments:

Post a Comment