"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."
Friday, February 27, 2009
Tafakur - Zikraa
Album : Tafakur
Munsyid : Zikraa
http://liriknasyid.com
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu
( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu
( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Lagu : Kamal Halim
Lirik : Nawawi Ibrahim
Solo : Amaluddin
Hakcipta : Marzuq Prod.
Sayu hati ..sedih ... menangis pun boleh..ehehe bila dgr lagu ni..terkenang segala dosa dan kelalaian kita atas janji yang perlu kita lunaskan ... zalim sungguh diri ni..hanya bila sedih..bila sakit baru ingat pada Allah... mudah2an hati ini tidak terpaling lagi dariMu Ya Allah... aduhaii... meleleh dah air mata ni ... utk minah sensitif dan jiwang mcm haku ni..hati ini mmg mudah tersentuh...bertubi2 dugaan datang pada haku sejak dari mula sakit... ada masa aku lemah dan ada masa aku kuat... aku menilai diri ini sentiasa ...Kau..sentiasa ada memberikan pertolongan buat ku dalam cara yang kadang2 bila difkir tidak masuk akal.. Sesungguhnya Ya Allah..Kau Maha Berkuasa ...Ya Allah... Syukur atas nikmat yg telah Kau kurniakan buat ku... Ampunilah aku Ya Allah ...
Thursday, February 26, 2009
Sabar dan Tawakal
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0666.
Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan seorang wanita sedang menangis di samping kuburan. Nabi saw. bersabda kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan sabarlah!" Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang saya derita ini." Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka diberitahukan orang kepadanya bahawa itulah Nabi saw. Kerana itu dia pergi menemui Nabi saw. dan dia tidak melihat seorang penjaga pun. (Lalu ia terus menemui Nabi saw.) Katanya kepada Nabi, "(Maaf Tuan), Saya tidak mengenal Tuan." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya sabar itu (diperlukan) ketika permulaan kena musibah."
TAWAKAL
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4164.
Mewartakan kepada kami Harmalah bin Yahya; mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Wahab; mengkhabarkan kepadaku Ibnu Lahi'ah, dari Ibnu Hubairah, dari Abu Tamim Al-Jaisyaniy, dia berkata: Aku mendengar 'Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sekiranya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi kalian rezki sebagaimana Dia memberikan rezki kepada burung. Pergi pagi harinya dalam keadaan lapar, dan pulang petang harinya dalam keadaan kenyang".
Monday, February 23, 2009
Akhirnye haku di Manarahkan..ehehehe
Idea utk ketuk kayu nona ni..biasa la dr gurau2 adik Gjan kepada kitaorg ni.. Zai n Kak Lia.. mula2 agak ngeri la jugak utk zai sbb dah byk baca kisah ketuk kayu nona n tgk expose mistik.. agak2 selalu dah kena saiko ngan budak kecik ni... timbul lak rasa 'kerelaan' dr kitaorg..wakaka ..utk merasa sendiri kaedah mengetuk menggunakan kayu nona...
Aiyoo..kusut wooo..kusut pagi tu... x tahu kenapa... serba x kena jek... nak bertenang pun payoh...janji jumpo Kak Lia kat Kerinchi... dr Kerinchi set jumpa Gjan kat Darus Salam...dugaan..dugaan...jalan yg biasa akak Lia lalu n Zai tahu kena tutup.. apa lagi belasah je laa..hahaha... masuk town weii... byk jalan tutup sbb ada Marathon ....so kitaorg mengambil langkah bijak dgn belasah je n ikut buntut bas..hahaha..tawakal je... sambil2 tu baca tasbih yunus mtk Allah memudahkan perjalanan kitaorg...sesampai di Darus Salam..bfast dulu n then terus ke Manarah... sambil2 tu sebok2 gak tanya mana Akrine tu..ehehe..dokek je sbnarnye....
Sesampai di Manarah dah ada satu family yg dtg utk ketuk beramai2 .. sedih lak tgk makcik n pakcik tu... mula rasa hiba je smcam sbb teringat mak..jgn la mak kena... tunggu punya tunggu dtg le turn kitaorg.... Zai dulu diketuk baru Kak Lia ... tetiba je otak blank..wakakaka..adeh... takut benor nak kena ketuk sampai x leh beza antara terlungkup n terlentang ... mula2 kena scan dulu ngan lada hitam oleh Ustaz Abu Zarr..lada hitam apa ni..hahaha..rasa mcm nak mintak bawak balik je..leh campak2 kat umah..ehehehe....mcm2 la perbualan dgn ustaz... ustaz test suruh tgn sentuh kaki..x boleh laaa...then ustaz tekan perut..adeh sakit weii..tgn apa ni..hati ku berkata2..ehehe... oh sini yeee...hahaha mula2 kena ketuk2 kat muka lu... x penah kena babap ngn family n cikgu sekolah seumur hidup..ni 1st time kena ketuk2 .. cool lagi..bertahan2 ... ko kena control situation zai..ehehe...agak memberangsangkan la hasilnye selepas di ketuk manja oleh ustaz....
Then,ustaz mula la menyerang point dio... belakang badan n pinggang... pergh rasa sakit tu..mcm xde perkataan yg dapat digunakan ... no words laaa.... perghhh...tgh2 diketuk ni hati tetiba je rasa sayu ..mengenang diri tanggung sakit begini.. bila dah sedih mesti x leh ctrl sakit so makin la sakitnyee...meleleh2 la air mata kuo ...yg ustaz pulok tambah .. nangis2 , lepaskan.... adoiiii makin meronta weiii.... then tetiba terpikio kena ctrl situation...tabahkan hati , stop nangis n tahan kembali ....kuatkan smgat.....kesannye timbul le 2 ketul daging apentah ni...wakakaka bengkak gila ....lobam x ingat laaa...ustaz sambil ketuk ckp..kuat ye awak ni tahan..sempat senyum lagi..iye ..iye ..ustaz...sabau gegila ni....hanya Allah je yang tahu rasanye....hahaha....waaa lepas kena ketuk baru leh stretch tgn sentuh ibu jari kaki..mula la muka excited keluo..ehehe ..tapi boleh rasa mcm saraf kaki panas n like sthing keluo...kena ketuk2 kat kaki lak.. pastu ustaz bg tazkirah ...tazkirah munakahat pun ado..suh kawen..uwaaaaa.... ehehe
Yang kelakor bilo ustaz Abu Zarr ckp kat zai ...mcm kena seksa kubo kan... org sakit ni pun mengangguk lee...bile cerita kat Gjan,menggelegak die gelak...pastu dia ckp..mcm dah penah kena je..wakakaka....yg zai n kak lia x abih2 membebel ngan Gjan pengalaman yg dirasa ..wakaka mmg golak2 laa..lawak pun ada rasanye....x tahu le nak merepeat ke idok lagi... ehehehe thanks sgt kat Gjan coz bawak kitaorg..kesian adik tunggu lelama ek ... bertuah sape dpt Gjan ni..lemah lembut , penyabar orgnye (ayat pujian2 ..wakakaka)....thanks sbb bg akak buku tu... aiyoo manyak ye nak amal..hahaha.. buat mana termampu je...kena baca n susun balik amalan ....thanks pada Ustaz Abu Zarr sbb tabah melayan karenah kitaorg..ehehehe kat bawah ni ada link Pusat Rawatan Islam Manarah.
Manarah: http://manarahdrjahid.blogspot.com/
Tuan Guru Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek

Tuan Guru Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek dilahirkan pada 11 Februari 1940 di Batu Pahat, Johor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor (1957). Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Arab Kluang Johor dan Kolej Islam Klang. Pada Tahun 1972 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya . Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana MA dalam bidang Usul Fikah (1975) dan Ijazah Kedoktoran Ph.D daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Ilmu Tasawuf.
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai guru agama Sekolah antara tahun 1964 – 1969 dan pernah pula dilantik sebagai guru penolong kanan selepas mendapat ijazah pertama. Awal tahun 1974 beliau menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera Universiti Malaya; dan dilantik menjadi Profesor Madya pada tahun 1992 hinggalah beliau bersara pada akhir tahun 1995.
Minatnya tentang tarekat cukup mendalam dan mendorongnya untuk mengkaji, mempelajari dan mengamalkan tiga tarekat, iaitu Ahmadiyyah, Qadiriyyah dan Naqsyabandiyyah yang berpengaruh dan mempunyai murid yang ramai.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ialah Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Dhiaul Iman Fi Thariq ar-Rahman (Terjemahan Kitab), Shaikh dalam Ilmu Tariqah dan Kedudukan Qiyas dalam Perundangan Islam. Beliau juga banyak membentangkan kertas kerja untuk pelbagai seminar di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, mengarang artikel ilmiah bagi ruangan akhbar (penulis tetap akhbar tabloid tempatan dalam ruangan “Perubatan Alternatif” dan lain-lain majalah. Buku terkini beliau bertajuk "Membentuk Jiwa Sufi".
Beliau adalah seorang Shaikh dalam Tariqah Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang memimpin amalan bersuluk sehingga sekarang di Madrasah Babul-Khayrat, Jalan Suka, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru dan di Madrasah Madinatul Ilmi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan, Pahang.
Thursday, February 19, 2009
Selawat Burdah - Amar

Saya try nak beso kan x reti laa..hahaha..jujur ye mengaku..soo paste dr mana zai dpt k .. maybe boleh save as ... http://uniqme.multiply.com/journal/item/152 credit to owner of this link .. thanks bro..ehehehe
Senyumlah Walaupun Dirimu Disakiti

Comelkan image ni..ehehe .. image ni zai dapat masa tu zai sakit teruk sgt2 ... masa tu x tahu lagi ada berapa ekor anak ayam yg ada ..wakakaka :-p keadaan zai masa ni mmg stress yg teramat sgt..sampaikan zai potong rambut zai sendiri pada tgh2 malam... mmg lost control gile during this time ..once of the reason audit time just a round of corner.. ntahla manusia ni ... selalu menangis bila memikio balik..apa lagi dosa yg haku dah buat.. masa tu x berapa nak faham erti ujian dan dugaan Allah ... manusia itu bukan sahaja mencederakan dalaman secara halus malah memberikan tekanan dlm kerja dari luaran ... atas 'suara' yg die ada ..maka die telah membutakan mata hati manusia yg x berapa nak cerah itu ... salah kah aku yg comel ini,bijak muda malah ceria datang ke tpt mencari rezeki disitu ... maksud comel bukan angkat diri maaa.. aku yg termuda disitu..ehehe bijak bukan apa..antara mereka aku yg ada degree ..ceria mmg itulah diri ku sebelum disakiti ..seorang yang lemah lembut,suka tergelak,ceria dan positif atas segala..aku mula berubah menjadi seorg yg defensive..more defensive.. Alhamdulillah,aku ketemu dgn manusia2 yg baik hati di Terapi Al-Quran... mereka byk membantu aku .. mudah2an Darul Hikmah akan succes ... mudah2an Allah lindungi mereka selalu hendaknye ... walaupun hanya sekali shj haku menjenguk ke sana atas beberapa faktor .. doa haku masih utk kalian yg benar berniat ikhlas utk membantu ...so itula image dan kata2 yg banyakkan berikan haku motivasi ... kata2 ni juga ada kaitan dgn pesanan tn.aji pada haku.. thanks tn.aji.. ehehe mcm leh selam2 je hati ini ye..hahaha sayanngggg tn.aji ..haa mcm ayah dan anak ok..jgn gosip2 ye..wakakaka :-D
Wednesday, February 18, 2009
SABAR dan IKHLAS itulah ISLAM
“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.
Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.
RUBUBIYYAH ALLAH
Ada apa di sebalik kisah kambing?
Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.
it dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]
“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.
Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?
“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.
Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?
Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?
Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!
ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/
Tuesday, February 17, 2009
Hep..hep..heppi besday toooo me...ehehe
Alhamdulillah..masih bernafas lagi ari ini... mudah2an sempat utk berbakti pada mak dan abah,berbakti pada family,berbakti pada agama dan masyarakat ... berbakti pada suami n anak2 ..kena tunggu laa ye.. makan masa gak tuh..hahaha.... :-p~~
Thanks pada member2 yang wish through call n sms... once adik angkat kat Johor bg sms that day pun aku dah nangis2..wakakaka... terharu beb adik angkat aku yg aku kenal..masa tu masih comel once die study kat Al-Azhar dah beso panjang n dah ada anak.. Akak anak dara lagi la ni yerr...wakakaka... adik2 ..x sudah2 suruh akak kawen..ehehe thanks sbb selalu doakan akak... hopefully Zul succes n jadi abi yg terbaik...
Once baca Yassin pagi tadi..mmg terlebih syahdu laa...ehehe its like a luahan beb.. ada org guna zikir n pepe cara utk luahan hati pada Allah..tapi aku dah lama amalkan Yassin once aku buntu dlm menyelesaikan masalah dan bila hati resah dan gelisah... skrg ni amal Yassin sbb nak mintak mudah2an Allah selalu bersama aku dan dilindungiNya dari ancaman2 musuh yang x nampak dan nampak...ada satu lagi rahsia..wakakakaka ... nak tahu kena bagi ayam 2 ekor..hahaha....
Semoga kawan2 mendoakan kebahgiaan aku ye..diberikan kesihatan seperti sediakala dan dimurahkan REZEKI ..ehehe rezeki tu blod sikit sbb byk makna yg tersurat lagi tersirat...thanks my friends coz sayang aku ..weii rindu korang seme laaa...akhir kata...
Hepp..hepp...heppi besdayy to meeeee......hahahaha :-D
Musibah bukan makna kita dizalimi
Ada manusia yang menyangka apabila Allah Taala menurunkan suatu musibah kepada dirinya, dia menganggap itu suatu petanda Allah mahu menghinanya. Ramai pula orang lain yang memusuhinya akan menuduh dengan pelbagai spekulasi.
Mereka akan berkata: “Oh, begitulah akibat yang menimpa orang yang zalim, Allah menghinanya.”
Seperti tertulis dalam firman Allah Taala bermaksud:
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu memuliakannya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata: ‘Tuhanku memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata: ‘Tuhanku menghinaku’.” (Surah al-Fajr: Ayat 15 dan 16)
Lebih teruk lagi ada pula yang percaya bahawa penyebab musibah itu daripada kuasa hebat seorang manusia. Pernah diceritakan kepada saya ada seorang hamba Allah yang menziarahi masjid wali-wali di Indonesia, tiba-tiba sakit kononnya kerana dia tidak percaya kuasa ghaib di kubur wali itu. Lahawla wala quwwata illa billah, apakah yang mendatangkan sakit itu adalah wali? Sungguh kepercayaan karut sebegini mampu memusnahkan akidah.
Musibah yang menimpa anda bukanlah kerana buatan manusia yang memiliki kuasa atau ilmu tertentu. Ia hanyalah datang daripada Allah Taala bagi membawa khabar gembira bahawa Dia sentiasa merahmati anda.
Boleh jadi jika anda tidak disentuh musibah, anda akan cepat lupa dan tak perasan langsung dengan kewujudan Allah Taala dalam kehidupan anda. Jika anda merintih disebabkan hati yang hancur mengenangkan nasib, kemudian mengadu kepada Allah Taala dan percaya bahawa Dia akan menghapus luka itu dan menggantikan musibah itu dengan anugerah yang lebih baik, maka sesungguhnya saat seperti ini iman dan keyakinan anda kepada Allah Taala berada di atas kemuncak yang paling tinggi.
Tiada yang lebih menggembirakan Allah Taala melainkan suatu saat ketika Dia mendengar tangisan penyesalan dan keluhan orang yang mahu meminta pertolonganNya. Allah suka melihat hamba-Nya mengaku lemah dan tidak berdaya.
Allah juga menyukai hamba-Nya yang mengaku bahawa kekuatan dan kekuasaan itu hanya milik Allah SWT. Rancanglah sebaik mungkin, tetap tertulis, kuasa Allah saja yang menentukan nasib kita.
Antara adab ketika ditimpa musibah ialah:
- Percaya bahawa Allah Taala tidak sesekali akan menzalimi diri anda.
Jika manusia mahu menerima musibah itu umpama suatu teguran, dia tidak akan cepat melatah seraya berputus asa. Bahkan dia sanggup menerimanya umpama satu cambukan yang membangkitkan semangat bagi memperbaiki diri.
Allah SWT tidak sesekali menzalimi hamba-Nya. Ujian itu tujuannya adalah untuk membelai hati supaya lebih sensitif, peka dan waspada atas segala kesilapan yang dilakukan. Allah SWT sayang kepada anda dan mahu anda berada dekat di sisi-Nya ketika lemah dan perlukan pertolongan.
- Meyakini musibah itu menyimpan rahmat besar di sebaliknya.
Allah Taala akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik dan pasti akan menghapuskan kesakitan dengan kegembiraan. Mungkin ketika anak kecil kita meninggal dunia, kita akan lebih menyayangi anak kita yang lain.
Allah SWT menggantikan kehilangan satu jiwa dengan menghidupkan jiwa anak kita yang lain dengan iman kerana kita menjaga dan mendidik mereka dengan lebih teliti. Saat sakit yang menghampirkan nyawa ke hujungnya kita tidak mengeluh menyalahkan Tuhan akan nasib malang menderita kesakitan yang teramat sangat, bahkan menelannya dengan reda atas ketentuan-Nya sambil mengingat kembali terlalu banyak nikmat Allah yang selama ini dikecapi.
Apabila kembali sihat, bertambahlah kesyukuran itu. Lantas kita melipatgandakan ibadat kerana tidak mahu kehilangan satu saat pun di sepanjang usia kita. Bukankah semua musibah itu boleh diterima sebagai rahmat? Bukannya seksaan dan kekejaman Tuhan?
- Banyak mengingat nikmat Allah yang sudah dirasai.
Ketika sedih eloklah kita membaca surah al-Duha yang akan menghapus rasa sedih dan putus asa. Nabi SAW pernah bersedih kerana terputusnya wahyu agak lama. Suatu hari Ummu Jamil, isteri Abu Lahab mencela Rasulullah SAW dengan katanya: “Nampaknya kawan kamu itu meninggalkan kamu dan memboikot kamu.” Lalu Allah Taala menurunkan surah Al-Dhuha dengan firman-Nya bermaksud:
“Tuhanmu tidak sesekali meninggalkanmu dan tidak pula membencimu.”
Mengapa kita berasa Allah meninggalkan dan membenci kita ketika musibah datang? Perasaan ini sebenarnya berasal daripada hasutan syaitan supaya kita berputus asa dari rahmat-Nya.
Firman-Nya lagi dalam surah al-Duha yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari kehidupan dunia. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu lalu kamu reda.”
Ayat ini seolah-olah memujuk kita supaya tabah dan menganggap kecil segala urusan dunia jika dibandingkan dengan akhirat. Ia juga menyuruh kita untuk yakin dengan janji Allah SWT yang akan menggantikan kesusahan dunia dengan kesenangan akhirat yang abadi.
Kemudian Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Duha bermaksud:
“Bukankah Dia mendapatimu sebagai anak yatim, lalu Dia melindungimu. Dia mendapatimu sebagai orang yang kehilangan arah lalu memberi petunjuk bagimu. Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang serba kekurangan lalu mencukupimu.”
kita pasti kembali disentuh dengan kalimah yang begitu menghiris perasaan. Betapa Allah SWT amat mengasihani diri yang tidak memiliki apa-apa ini. Jika boleh ditimbang yang manakah lebih banyak, musibah atau nikmat yang kita rasai di dunia ini?
Sungguh biadapnya lidah yang pernah berkeluh-kesah dan hati yang tidak mahu bersyukur di atas segala ketentuan-Nya.
- Segala sesuatu akibat daripada perbuatan tangan yang zalim.
Apakah dosa kita sehingga harus menerima musibah ini? Soalan sebegini bukan bermaksud tidak reda dengan ketentuan Allah SWT, tetapi lebih kepada sikap mencari keaiban diri dan mahu bermuhasabah untuk lebih mempertingkatkan iman dan amal salih.
Sudah pasti setiap sesuatu menyimpan hikmah di sebaliknya. Terpulang kepada diri sendiri bertanya, apakah menerima musibah sebagai suatu peringatan daripada Allah SWT atau langsung membutakan mata dan hati atas kesilapan yang pernah dilakukan?
Lidah boleh menafikan sekeras-kerasnya, tetapi hati dapat berasa di manakah salah silapnya. Hanya orang yang kuat imannya yang mampu menjawab setiap hikmah di sebalik setiap musibah. Tiada manusia yang lepas dari ujian hatta Nabi dan Rasul.
Bahkan Nabi dan Rasul menerima ujian yang jauh lebih berat dan tidak mampu dipikul oleh manusia biasa. Bukan bermakna ujian itu merendahkan iman seseorang, bahkan ia akan melonjakkannya ke tempat yang paling tinggi.
Berbahagialah orang yang diuji jika mereka reda dan sedikitpun tidak berubah hati kepada Allah Taala. Kita perlu membuktikan kepada Allah SWT bahawa diri ini tidak pernah berubah di dalam mencintai-Nya, biar senang ataupun susah.
- Penulis ialah pendakwah dari negeri Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my
Sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com/
Sunday, February 15, 2009
Kalimatan - Talib Al Habib
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2028.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi saw. bersabda: " Dua kalimat yang amat dikasihi Tuhan Yang Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu: "Maha Suci Allah dan dengan kemuliaanNya , Maha Suci Allah yang Maha Besar."
http://www.4shared.com/file/87630334/f8471700/Talib_Al_Habib_-_Kalimatan.html
Simple je lagu ni..tapi mmg beh..thanks abg audit sbb tanya ptg tadi..thanks cikgusains (geng nasyidfm),akak amik link adik ek..ehehe maceh adik ehehe selalu dgr lagu ni..br terpikio nak carik...lovely song..mendamaikan bila mendgrnye..
Saturday, February 14, 2009
Isteri Solehah
Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap istri sholehah. Wasiat tsb adalah:
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.
Setanggi Syurga - Inteam

Thursday, February 12, 2009
Khusyuk Dalam Solat

Saya quote ulasan diatas dari sebuah blog yg menjadi link saya.. i love book sooo much... suka sgt2..cuma kebertasan waktu senggang shj utk membaca..,lately saya tdo keliling saya adalah buku2 saya.. hehehe... tgh bujang2 ni boleh la buat keje mcm ni...hahaha Alhamdulillah,sbbkan buku ni saya jumpa satu laman blog yg best sgt.. kalau x beli buku pun atleast dpt tahu latest book kan...
Lately ni,saya suka baca buku ttg solat dan dgr ceramah ttg solat ..selalunye ceramah dr UIK,maybe nak cuba2 dgr dr ustaz2 yg lain pulak.... saya cuba utk perbaiki diri dari hari ke sehari..buku ini mmg menyentuh hati saya...semua makan dalam laaa...its from heart... nak khusyuk pun dtg dr hati kan..so dlm buku ni touch mcm mana nak hadirkan hati dalam solat.Banyak gak dugaan since nak mujahadah ni.. time2 sujud dpt mcm2 ilham laa.. ada benda hitam terloncat2 laa...eeee geram betul haku,nanti ko..wakaka..kan dah x khusyuk tu..ingat pesan nabi je mata jgn meliar2 masa solat...So,nak hadirkan hati dalam solat..ermm bukan mudah sbnarnye..insya Allah,Allah tahu apa dlm hati kecil hamba2Nya..
Ya Allah,dengan keberkatan Rahmat yang engkau turunkan buat Tuan Guru Nik Aziz,Limpahilah aku barang sedikit Rahmat seperti yang Engkau berikan buat dirinya..Aminnn
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.
Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.
Setelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.
Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.
Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.
Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.
Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.
Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.
Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak kira-kira 30 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak – 5 lelaki dan 5 perempuan. Salah seorang (yang sulung) daripada mereka – Noor Aini namanya – kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.
Sumber dari http://www.ppak.kelantan.edu.my/
Wednesday, February 11, 2009
Doa, Sabar perisai kemanisan hadapi kesukaran
Al-Quran terkandung pelbagai hikmah supaya manusia mudah terima hidayah
TAUFIK dan hidayah adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Muslim wajib meyakini pintu hidayah sentiasa terbuka di sisi Allah untuk sekalian makhluk-Nya. Hidayah Allah apabila ‘mengetuk pintu hati’ seseorang, nescaya pasti menjadi lembut dan senang menerima nasihat, teguran serta bimbingan atas dasar agama.
Kisah Saidina Umar yang terkenal dengan sifat bengis sebelum memeluk Islam, bertukar watak sebagai pembela Islam yang agung selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Itulah anugerah besar yang tidak dapat dihitung nilainya selepas mendapat hidayah daripada Allah.
Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh umatnya supaya mereka lembut hati tatkala membacanya, mendengar dan memahaminya. Semua itu terkandung hikmah supaya manusia mudah mendapat hidayah Allah.
Firman Allah bermaksud:
“Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (mengenai benarnya dan indahnya) yang berulang (keterangannya dengan pelbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.
“Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” (Surah az-Zumar, ayat 23)
Imam al-Mawardy dalam tafsirnya menyatakan orang mendengar bacaan al-Quran atau membacanya, tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah dalam tiga keadaan :
Apabila mereka membacanya atau mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran serta memahami maksud ayat itu yang memberi gambaran janji neraka bagi mereka yang ingkar pada perintah Allah dan khabar gembira dengan janji syurga bagi mereka yang patuh pada perintah-Nya (Imam As-Suddy)
Terpahat dalam hati perasaan khauf (takut) dan raja’ (pengharapan) yang tinggi kepada Allah.
Tersemat dalam lubuk hati mereka keagungan al-Quran dan lembut hati mereka ketika membacanya.
Hari ini, umat Islam dipaparkan dengan kezaliman yang berlaku terhadap saudara mereka. Penindasan dan keganasan boleh diungkapkan dengan pepatah, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Doa umat Islam di seluruh dunia dengan iringan tangisan adalah pengorbanan kecil berbanding kesusahan yang dihadapi umat Islam di Palestin. Menangis adalah cara yang boleh melembutkan jiwa dan hati.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu masuk (melihat) suatu kaum yang ditimpa azab, melainkan engkau menangis (melihat keadaan mereka), apabila engkau tidak mampu menangis, maka hendaklah engkau berpura-pura menangis sebagai kebimbangan (pengajaran) di atas kamu nanti akan ditimpakan musibah (azab yang sama) yang menimpa mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Runtunan emosi perlu diiringi doa supaya Allah sentiasa mencampakkan kemanisan iman dan kesabaran yang terus segar dan harum menghadapi bencana dicipta musuh. Nabi SAW mengajar umatnya meletakkan kesabaran menghadapi kesulitan dan kepayahan angkara musuh.
Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam apabila mendapat bala dan seksaan daripada orang lain supaya berdoa.
Sabda Baginda yang bermaksud:
“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Mas’ud katanya, aku masih terbayang Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang nabi daripada nabi sebelum Rasulullah yang diseksa (dipukul) oleh kaumnya sehingga berlumuran darah. Dia mengesat darah di mukanya sambil membaca doa yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Umat Islam juga diberi peringatan oleh Rasulullah SAW bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Allah akan menghapuskan dosa seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Daripada Abu Said dan Abu Hurairah katanya: Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenai dirinya melainkan dihapuskan oleh Allah daripada kesalahannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber dari http://nurjeehan.hadithuna.com/
Tuesday, February 10, 2009
"Melihat Sesuatu Dengan Pandangan Mata Hati"
Sebelum diuji oleh Allah dengan dugaan yang sehebat sekarang ini...haku pun tergolong dalam manusia2 yang x berapa reti nak bersyukur atas nikmat dan rahmat yang telah Allah kurniakan buat diriku...ujian dan dugaan dari Allah bersebab..antara sebabnye...
- Allah mahu hamba2Nya memohon keampunan kepadanya..ini kerana hamba2Nya sentiasa lupa untuk sentiasa beristigfar kepadaNya..padahal Allah sgt sukakan hambaNya yang sentiasa beristigfar...
- Sebagai satu peringatan dari Allah
- Balasan dari dosa-dosa yang terdahulu
- Allah ingin memberikan pahala buat hambaNya
- Allah ingin meninggikan darjat hambaNya
Alhamdulillah..sekarang ni,haku melihat dugaan yang datang kepada diriku adalah satu peringatan dari Allah dan membersihkan dosa2ku yang lepas... dalam melalui hari demi hari melawan kesakitan dan ujian demi ujian...aku sentiasa muhasabah diri untuk menjadi hambaNya yang terbaik... Syukur,sekarang aku lebih tenang dalam menghadapi segala ujianNya..cuma aku tak mahu jadi bengkeng2 lagi..x de la aku garang mana pun..cuma aku mahu look cool je when come situasi yg menyakitkan hati..boleh tersenyum je mcm tn.aji baba ke ... ehehehe... selalu ingat pesan tn.aji ... "Senyumlah walau tersepak batu dan kaki berdarah"...dalam tu..makan dalam makna ayat ni... ingat senang ke nak senyum once kaki sakit n berdarah... ehehe...ok la skrg ni,once masalah yg berat2 mai..aku leh cool dan lebih bertenang untuk handle..
Alhamdulillah..aku ada banyak penasihat x berbayor dalam hal ini..ehehe aku berazam untuk melakukan sunnah Rasulullah S.A.W.... mendekati Al-Quran...ada rezeki nak belajar ilmu perubatan supaya once family aku sakit,senang nak bantu..teringat once mak sakit,adik2 aku cakap..Chik,sembur2 mak sikit..wakakaka... apalagi belasah ayat yg hapei je le..ehehe ralat gak x hape awal2 buku UHD tu..bukak buku tu ..hahaha...takpe,ada rezeki Allah mudahkan nanti... tunggu ye Dato' ..kang kalau x dapat nak blajo ngan Dato' ..saya ikut kata Ustaz Mokhtar.. x dapat guru,anak buah pun jadi leee...ehehehe sabau je leerrr.... okeh2 ..next time ngarut lagi.. nak wat planning..sat g dah nak start koje ...
Monday, February 9, 2009
Aisyah:Keanggunan Sebenar
.jpg)
Buku ini adalah karya Sulaiman an-Nadawi, ulama terkemuka dari Universiti Nadwatul Ulama. Beliau adalah guru kepada Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Keistimewaan buku ini terletak pada kajiannya berkenaan pengetahuan serta sejarah hidup Aisyah Ummul Mukminin.
Saturday, February 7, 2009
MyFebruary
Bulan ni le haku dilahirkan... nak kata hepi sgt besday bulan 2 ni... idok le jugak..sebabnye cepat jadi tue leee...wakakaka... rugi tul..kalau lahir bulan 12 ..leh le menyamor2 kan..hahaha.. actually haku ni x kesah sgt coz pasal usia ni ... coz aku mmg sempoi n redha atas ketentuan ilahi ...jika begini la jalan kehidupan yg aku lalui ...aku redha dan bahagia ... susah nak judge bahagia ni ..x sama takrifan bahagia ..mcm kat Palestine..kalau dpt elektrik ni ..pasti diaorg bahagia ...tapi yg kita kat sini...ermm saje je muka sardin ada letrik ..hahaha membazio lagi ade lee...wakakaka ada yg terasa kot...hahaha sabo ye...
Bulan February jugak perkenalan haku ngan my best buddy..someone yg show me what life it is ...zam zam ala kazamm...hahaha si zam ni mmg sempoi,mulut laser,kelakar,penuh dgn ilmu kehidupan dll lagi laaa... sekolah dia adalah di jalanan.. dia manusia yg x takut dgn cabaran .. dah masak dgn tipu helah manusia sekeliling.. syukur die dah ada kedai di Plaza Angsana skrg ni..bangga dgn die .. survive diri dgn keje printing t-shirt,wat grafik n jahit2an ..ehehe malu haku ngan dio ni..pandai menjahit ... hahaha... so die la..org yg mula2 tahu pasal kejadian yg bagi aku agak menyedihkan sepanjang hidup aku ... sori beb..wa x yah pakei daun kelor tu..hahaha thanks for being my best buddy ...
Bulan February ni selalu buat haku teringat pada jiran sebelah umah sewa masa study dulu .. dia meninggal dunia dlm eksiden kete semasa dlm perjalanan utk memenuhi jemputan perkahwinan member satu course ...ok la jujur ek..hahaha die ni MySecret Admirer... hahaha.. aku pun admire gak kat dio..hahaha seme terbongkar bila member yg tahu dia suka kat aku call lepas baca kisah eksiden arwah ni dlm paper Metro... selalu gak perasan die pandang haku kat pagar..kat library..waaaa zai perasan comel !!! hahaha .... dia x jadi nak usha aku hanya sbb dia agak aku dah ada tunang...waaa...terperanjat den.. kenapa?? sbb ko pakai cincin laa..aiyakk ni cincin mak..pakai sbb rindu kat mak..mintak kat mak nak pakai ... isyh2 ... baru tahu bilik kitaorg sebelah menyebelah je ..ehehehe selalu tertanya2 awek umah sebelah yg mana satu bilik sebelah ngan bilik die .. upe2 nye suka dgr haku mengaji (yg tajweed x berapa nak betul ni..ehehe) .. tapi itu laa..namanye qada n qadar Allah ... kata member,kalau ko kawen ngan die..ntah2 ko janda muda beb.. ermm...itulah namanye takdir .. tak semua yg kita rasa baik utk kita adalah yg baik utk kita..Allah Maha Mengetahui mana yg terbaik utk kita ... peristiwa ini mmg benar2 meninggalkan kesan bg haku bila memikio kan pasal qada n qadar dr Allah ....
So MyFebuary ni..byk jugak kisah2 sedih yg aku rasa bio la aku simpan sendiri..atau ntah2 aku dah lupa sbb sbgai org yg selalunye positif..ehehe aku suka melenyapkan kisah2 silam ..like mcm delete memory gtu... sama mcm when aku ada crisis ngan some one ..for me better aku x jumpa n bercakap dgn org tu..hati aku x sakit dan aku x menyakitkan hati die .. jalan hidup aku mudah .. aku sayang siapa yg sayang aku .. aku akan cuba bersabar dgn siapa yg cari pasal dgn aku ..tapi aku akan attack org tu bila dia dah melebihi dr standard yg telah aku tetapkan..hahaha bila aku dah dok diam2 ..jgn cuba nak kacau2 ... siap la kau..hahaha mula la jadik bengkeng ...tapikan aku bengkeng ke?? iye kot sbb aku dah jumpa byk manusia yg zalim dan suka ambil kesempatan atas diri yg comel ini..wakakaka ...
Next time mengarut lg laa..chaoo...ehehe :-p
Wednesday, February 4, 2009
Mana Satu Pilihan Hati
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul.
Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi? “Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Renung-renungkan dan selamat beramal...
"The Beauty of Life does not depend on how happy you are. But how happy others can be. Because of You!!!.." from: Tmn2Syurga-www.ukhwah.com
Bismillah 5
Tuesday, February 3, 2009
BORED BORED BORED
Ermmm..apa la perkataan yg dpt nak mengantikan ke'bored'an haku ari ni ek...maybe maleh kot..hahaha... call masuk byk gile...lagi agak2 x de semangat je ...hahaha ok la..baik solat zohor...ilangkan perasaan maleh ni...sabo zai..sabo ..dugaan dr Allah ni..kena hadapi dgn tenang dan redha ..insya Allah..aku akan makin kuat ari sehari ....
Monday, February 2, 2009
Ayat Penahan Hujan !!!
'Wahai bumi telanlah airmu,dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu (Hud:44)'
Di atas adalah antara ayat penahan yg boleh digunakan bila darah x henti mengalir keluar,hingus meleleh,kencing x tus n lain2 lagi.. masa attend course thn lepas .. dapatla ilmu ni..so di hari cuti yg lagi bahagia ini...haku telah pun memakai salah satu dari ayat penahan darah yg telah dipelajari..ehehehe
Based on ayat diatas, Nabi Nuh berdoa supaya hujan tidak turun ... tapi ari ni atas sbb x hape ayat ni..so pakai ayat yg biasa di amal sehari2 ..surah al-ikhlas ... kan senang je kan surah ni... ari ni x keje..cuti sbb mak x sihat...suspect demam chikukunya tuh... semalam dah bawah jumpa doc n kasi inject sama mak ... by then before g klinik..lama gak nak pujuk mak ke klinik..so dgn x berapa pandeinye..buatkan air tawar utk mak..baca 3 kali weii..ehehe mcm x konfiden je haku .. niat pada Allah mtk redakan sakit mak ... Alhamdulillah..mak muntah2 lepas tu..haku lihat sbgai satu petanda yg baik ...mudah2an bisa2 virus tu keluar dgn muntahan mak .....
So..ari ni jadi IBU kat umah ..dgn anak buah ada kat umah n jaga mak ..haku kena handle umah..mmg wanita la aku ari ni..layan mak makan ubat.mandikan anak buah,kemas umah n basuh baju..yg hangin ye ari ni...mendung semacam je langit ari ni..sambil2 kemas umah ,haku mesinkan baju n tgk cuaca kat luo..tak leh jadi nii..teringat la ayat penahan darah yg haku pelajari...mengambil kisah Nabi Nuh ..maka sambil memandang langit..baca fatehah,selawat nabi n baca surah al-ikhlas...once gelap je baca...pas abih je baca..terang..waaaa happy2 ye masa tu..ehehe ...then g dapo lak ..tetiba gelap balik...dugaan ni.. tgk luo n baca lagi..ehehe...sampai abah tanya,pandang atas tu kenapa..ehehe x de pe..saje je..waaaa...sampai skrg ni..alhamdulillah..masih panas ni..masa doa tadi niat,pas kain kering,pastu ujan le..ehehe ampeh tul haku ni..ehehe ok le ..nak jengok2 mak n angkat kain...